“Anis,hari ni kau balik pukul brapa?”tanya Airaa.
“Kul 2 lah…apasal?Kau nak bawak lari aku ke?”balas Asyira Anis.
“Buat pe aku bawak kau lari…”
“Mana lah tau kau nak jual aku kat vietnam ke.”
“Hek eleh.Eh pompuan,kalau aku nak jual kau dah tak laku lah.seposen yang karat hijau pon belum tentu orang nak.”Anis tersenyum.
“Sapa cakap aku ni tak laku!Aku ni comel secomel-comelnya tau.”
“uwekkkkk!nak muntah aku.”
“Ra,bawak aku balik kampung kau cuti ni boleh?”
“kampung aku?mana?”
“Ala kau ni macamlah kampung kau tu banyak sangat.kat Vietnam lah.aku nak sangat gi sana.”
“Kau ni….Kau ada passport tak?”
“takde…”
“habis tu kau nak kena kop?”
“tak pe lah.aku balik kampung orang lain lah…”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Dik,dik,dik…..jagalah jalan tu.Polis ni pun satu tau lah ada orang besar nak jalan tapi jagalah budak-budak ni.Kalau orang salah takleh kalau dia salah jalan je.”rungut Anis sambil menarik seorang budak ke tepi jalan.Kereta besar gaya limousine melintasinya. ‘Anak raja kot’bisik hatinya.Selesai kereta berkenaan melintasi,Anis meneruskan langkahnya untuk pulang ke rumah.
Tengku Arif al-Fahd bin Tengku Safri termenung sambil teringat wajah wanita yang berada di tepi jalan.Dirasakan ada yang berlainan pada gadis itu.
“Tengku,tengku nak ke Istana atau pulang ke hotel?”soalan yang diajukan pemandunya itu mematikan lamunannya itu.
“Kamu boleh bawak saya pulang ke hotel.”balas Tengku Arif.
“Baik,tengku.”
Tengku Arif kembali mengelamun semula.Akan tetapi bunyi telefon bimbit sekali lagi mematikan hayalannya. ‘Alah sibuk je’marahnya di dalam hati.
“Assalamualaikum bonda,bonda apa khabar?”Tengku Arif menjawab telefonnya.
“Waalaikummussalam.Kamu panggil mama bonda?ni mesti ada something ni.”
“Takde pape lah mama.Mama ni pandai pandai je.”
“Arif,mama kenal Arif masa lahir lagi.Arif cuma panggil mama bonda bila Arif ade masalah.Ni apa citer ni?”
“Ma,kalau kita asyik mengelamun je apa tanda nye.”
“Biasa yang mama tau orang yang jatuh cinta memang kuat mengelamun.”
“Ye ke ma?”Tengku Ariftelah pun melebarkan senyumannya.
“Anak mama dah jatuh cinta ke?”
“Okay lah ma,Arif nak confirm something ni.okay caw…”Ibunya ingin menyambung tapi telah dimatikan oleh Tengku Arif.
“Pak cik,negeri kat sini.esok diorang sekolah lagi tak?”Tanya Tengku Arif sopan.Dia sememangnya tidak menyombong.Seluruh keluarganya bersifat rendah diri.Walaupun ayahnya seorang Sultan tapi,Dia sering membahasakan dirinya dengan panggilan biasa.
“Ya tengku.”balas pemandunya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Anis melangkahkan kakinya perlahan-lahan….
“Woi!!!!”sergah Fiza
“yak mak kau kahwin.Kau ni Fiza.jangan lah sergah cam tu.”latah Anis.
“Yang kau duk tergedek-gedek ni apasal.?”
“Aku tengah ngintip ni.”
“Ngintip sapa?”
“Tu…”Anis menundingkan jarinya ke arah Saiful Aldi.
“OH.Kau ni tak abis-abis lagi ke.Pergilah kejar dia.”
“Mana boleh.”
“apasal lak?”
“Nanti nampak macam perigi cari timba.Timbalah kena cari perigi”
“Ek eleh jual mahal lah lak.”
“Tak leh lagi lah aku kena tunggu dulu.Manalah tau ada anak raja datang meminang petang nanti.”
“Perasan.Dah lah aku nak masuk kelas dulu.”
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tengku Arif ralit memerhati gadis itu.Kini,dia akui gadis itu berjaya mencuri hatinya.
“Tengku,tengku buat apa tu.”tanya salah seorang pengikutnya.
“kenapa?”tanya tengku Arif
“Ada panggilan dari pemaisuri.”Tengku mengambil handphonenya.
“Ada apa mama?”tanya Tengku Arif
“Betul apa yang mama dengar ni?”
“Apa dia?”
“Kamu jatuh cinta.”
“Mana mama tau ni?”
“adik kamu yang cakap.Macam mana orangnya?” 'Tak guna punya budak!'marah Tengku Arif dalam hatinya.
“Seseorang yang mama akan suka.tapi ma….”
“Tapi apa?”
“Dia orang biasa je ma.”
“Takde papenye.Macamlah kita ni orang luar biasa.Apa yang terbaik untuk Arif,itulah yang terbaik untuk mama.so, make sure you get her okay?”
“Thanks ma.”
“untuk apa?”
“Sebab mama faham perasaan Arif.”
“its okay.”senyumannya lebar seketika. ‘saya akan cari awak.’
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Anis gementar ketika melangkah masuk ke dalam rumahnya masakan tidak,di luar halaman rumahnya penuh dengan kereta yang mewah-mewah.Langkahnya digagahkan ke dalam rumah teres dua tingkat milik ayahnya.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam.”serentak ramai yang menjawab. ‘ramainya’desis hatinya.Anis memandang sambil tersenyum lalu mendekati tetamunya yang berjantina perempuan untuk bersalam.
“Nie ke Asyira Anis?”Tanya seorang mak cik yang seiras datin itu.
“Ye saya.”
“Cantiknya.sopan pulak tu.”kembang kempis hidung Anis apabila dipuji sedemikian rupa di hadapan ibu bapanya.
“Saya naik atas dulu ye.”Anis menaiki tangga.Sangkanya kesemua orang itu adalah teman keluarganya.
Usai menukar pakaian,Anis menuruni tangga.Di pertengahan jalan,Anis terdengar kedua orang tuanya berbicara. ‘tak balik lagi diorang tu.’Anis mengambil keputusan untuk mencuri dengar perbualan mereka.
“Bukan saya nak halang tapi dia masih belajar tak mengapakah.”ujar bapanya,Sulaiman.
“Dia masih boleh belajar selepas kahwin nanti,Tengku sendiri tak nak dia berhenti belajar.”
“Nanti saya tanya dia.”
“Kalau boleh kami nak jawabpannya secepat yang mungkin.”
“Insya-Allah,nanti saya usahakan.”
“Kalau macam tu kami pulang dulu lah ye.”
“Ya lah.”Rombongan yang datang tadi tu telah meninggalkan perkarangan rumah.Anis segera menuruni tangga.
“Mak,diorang tu sapa?datang buat apa?”tanya Anis.
“Rombongan datang nak meminang.”
“Pinang kak Ira ke.Wah.tapi bukan kak masih belajar ke.”
“Bukan kak kamu tapi tu kamu tu.”
“APA!!!”
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Kau ni apasal dari tadi aku tengok kau duk termenung jer”teguran Aira mematikan lamunan Anis.
“Haah betul tu,Kau termenung ingat kat Saiful ke?usik Fiza.
“Takde pape lah.”Memandangkan semua guru sedang bermusyuarat sepanjang masa selepas rehat tiada guru yang masuk.Semua kelas dijaga oleh dua orang pemimpin pelajar.Kelas Anis dijaga oleh Saiful Aldi dengan Faiz Ahmad.
“Kau tak nampak ke buah hati kau tu tengah pandang kat kau.”ujar Airaa.Saiful yang ralit memerhati Anis segera mengalihkan pandangannya.
“Entah lah.Aku rasa semacam je.”resah Anis menjawab
“Macam apa?”
“Semacam sesuatu yang akan berlaku.”
“Ala firasat kau je kot.”
“Firasat aku selalu betul tau.”marah Anis.
“Assalamualaikum.”Suara seorang jejaka memberi salam di luar kelasnya.Anis dengan temannya terus bersenda.
“Anis.”Tegur Saiful.Hati Anis berdengup kencang bukan kerana ditegur oleh lelaki idamannya tetapi dirasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Ya.”lembut Anis menjawab
“Ada orang cari awak.”
“Sapa?Mana?”
“Tu...”belum sempat Saiful menghabiskan ayat,Seorang lelaki mendekati tempat duduk Anis.
“Asyira Anis binti Sulaiman?”tanya lelaki yang tampan itu.
“Ya saya.Maafkan saya,saya kenal awak ke?”tanya Anis
“Saya Tengku Arif al-fahd ibnu tengku Safrul.”balas Tengku Arif.
“Tengku...Awak lah yang semalam tu?”tanya Anis
“Ya saya.Gembira bertemu awak.”Tengku Arif melemparkan senyuman manisnya.Di saat itu impian untuk berdepan dengan gadis idamannya tercapai.Ya,gadis itu lah yang selalu di impikan,gadis yang sentiasa mencuri hatinya.
“Boleh kita bercakap?”Lembut Tengku Arif memulakan langkah.Anis sekadar mengangguk lalu mereka melangkah ke kantin sekolah sambil seisi kelas memandang hairan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Tengku,saya nak tanya satu soalan boleh?”tanya Anis.
“Tolong jangan panggil saya tengku,awak boleh bahasakan diri awak macam biasa je.Apa awak nak tanya?”balas Tengku Arif.
“Maafkan saya.Kenapa awak pilih saya.Kenapa bukan orang lain.Takkan dalam dunia ni takde yang lain selain saya?”
“hmmmm...Saya tak nak orang lain.Awak tahu tak betapa saya menginginkan gadis yang kini di depan saya.”lancar Tengku Arif berbicara.
“Tapi awak saya masih tak faham kenapa saya?”
“Sebab saya cintakan awak.”
“Tapi kenapa?”
“Saya tak tau kenapa bila saya nampak awak,hati saya kencang.Saya tak pernah rasa begini dengan perempuan lain.Awak lain.Awak special untuk saya.”ayat Tengku Arif itu sedikit sebanyak menggoncang hati Anis.Apa yang dikatakan tadi itu tidak lansung menampakkan penipuan sebaliknya tulus dari hati Tengku Arif.
“Tapi kenapa perlu meminang terus?”
“Sebab awak istimewalah saya ingin memperisterikan awak. Saya ingin gadis seperti awak sah untuk diri saya buat selama-lamanya.”bibir Tengku Arif sentiasa tersenyum.
“Saya masih muda dan saya tak layak untuk awak.”
“Muda tidak menjadi masalah untuk berkahwin tapi kenapa awak cakap awak tak layak dengan saya?”
“Sebab saya hanya sederhana,awak anak raja.Sedang saya baru je lepas PMR tahun lepas,awak dah berumur and saya tak kenal awak pun.”
“Maksud awak saya ni tua sangat ke?”
“Alamak.Tak saya cuma tak tau umur awak.Biasanya anak raja ni dah habis belajar dah.Sorry.”Anis lansung tidak perasan perkataan ‘dah berumur’ tu.
“Takpe.Saya tak kisah awak ni orang biasa ke orang kaya ke.Apa yang penting pada saya ialah awak adalah gadis idaman saya sampai bebila pun.”
“Tapi kan saya tak kenal awak.”
“Pembantu saya akan terangkan.Kalau macam tu saya pulang dulu lah ye dan saya harap sangat awak pertimbangkan lamaran saya.Saya akan datang balik untuk kepastian.”Tengku Arif mempelawa Anis untuk pulang bersama namun ditolak Anis.
“Selamat tinggal duhai puteriku.”Tergaman Anis saat Tengku Arif melafazkan ayat itu. ‘Beraninya dia,dah lah depan kelas aku.Apa aku nak cakap nanti.Malunya.’resah hatinya.Salah seorang pembantu Tengku tadi memberi satu majalah kepada Anis.Anis membeleknya dan wajah Tengku Arif bersama biodatanya.Anis ternganga sebelum teman-temannya mendapatkannya.
“Woi sapa tu?Sejak bila kau ada kekasih ni?Dah tu anak raja lagi.”banyak soalan yang diajukan Fiza.
“Kau ni Fiza leklah dulu.Kasi Anis duduk.Kenapa nis?”Airaa mempelawa Anis duduk.Anis melepaskan keluhan.Dia memberi majalah itu kepada mereka.
“Apasal kau ni?Aku tanya kau kenapa,yang kau hulur majalah ni apasal.”
“Korang....Kalau kita tolak lamaran anak raja camne ah?”tanya Anis.
“Yang aku tau nye.Kalau kita tolak lamaran anak raja,nanti kita kena saman sebab bagi malu kat raja.”terang Airaa.
“HAH!!!”
“Apasal?”tanya Fiza
“Aku kena pinang semalam.”
“E ye.Dengan sapa?”
“Tu..”Anis menundingkan jarinya pada muka Tengku Arif dalam majalah itu.
“APA!”serentak Fiza dan Airaa.
“Syoknye kau tapi terus-terang aku kata rugi gila kalau kau tolak tau.Dah lah hensem,kaya,bijak and alim lak tu.Perfect giler.”
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Lagu Gravity nyanyian Sara Barelles bermain-main di fikiran Anis.Anis tersekat.Dia tidak mahu keluarganya dimalukan.Lirik lagu Gravity sama seperti dirinya:
Set me free.Leave me be.
I don’t want to fall another moment into your gravity
Here i am and i stand so tall,just the way i supposed to be
But you’re on to me and all over me
Ya,Dia harus membuat keputusan.Dia akan menerima lamaran itu.Harus. ‘Maafkan aku Saiful Aldi.Aku berjanji.Ini adalah kali terakhir namamu tersemat di bibirku.Andainya kau menaruh perasaan padaku.sudah pasti aku akan menolak lamaran ini.Tapi apakan daya Aku bukan untukmu.’Anis sebak seketika tatkala ayat terakhir itu terlafaz.
“Ya ALLAH,Ya Tuhanku.Aku berserah padamu.Andai Tengku itulah jodohku,Kau berbaikkan lah segala keburukan aku.Jadikanlah aku isteri yang solehah untuknya.Dan dia sememangnya ikhlas untuk bersamaku.Bahagiakan lah hidup kami kelak.Aku mohon sebagai hambamu yang lemah.AMEEN.”lafaz doa Anis usai melakukan solat hajat.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“So?”tanya Tengku Arif.Anis menggangguk.
“Betul ke?”
“Ya saya setuju tapi dengan dua syarat.”
“Alhamdulillah.Apa syaratnya?”
“First,awak takleh paksa saya pindah saya nak menetap kat sini sampai tamat sekolah.Second,awak kena benarkan saya sambung pelajaran saya sampai peringkat saya sendiri nak quit.And last.....”
“Eh bukan awak kata dua je ke?”Tengku Arif kehairanan.
“Yeke.Okay.Tiga balik.”
“Tak kisah lah.cepat lah sambung.”
“Last,Awak tak boleh sentuh saya sehingga saya tamat sekolah.Boleh.”
“Apa saya perintahmu.Saya bersyukur sangat sebab awak sudi bersuamikan diri saya.Tapi, saya pun ada syarat jugak.”
“Hah,Apa dia?”
“Awak kena bahasakan diri awak macam biasa tak kira pada saya atau keluarga saya.Awak jangan risau,keluarga saya amat mengalu-alukan awak.Kami semua guna behasa biasa je.ok?”Anis menggangguk.

lagi2 ?
ReplyDeleteyg ending tu smbunganya :)
ReplyDelete