CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feb 7, 2011

PERINTAH CINTAMU (BEGIN)

“Anis,hari ni kau balik pukul brapa?”tanya Airaa.
          “Kul 2 lah…apasal?Kau nak bawak lari aku ke?”balas Asyira Anis.
“Buat pe aku bawak kau lari…”                                   
“Mana lah tau kau nak jual aku kat vietnam ke.”
“Hek eleh.Eh pompuan,kalau aku nak jual kau dah tak laku lah.seposen yang karat hijau pon belum tentu orang nak.”Anis tersenyum.
“Sapa cakap aku ni tak laku!Aku ni comel secomel-comelnya tau.”
“uwekkkkk!nak muntah aku.”
“Ra,bawak aku balik kampung kau cuti ni boleh?”
“kampung aku?mana?”
“Ala kau ni macamlah kampung kau tu banyak sangat.kat Vietnam lah.aku nak sangat gi sana.”
“Kau ni….Kau ada passport tak?”
“takde…”
“habis tu kau nak kena kop?”
“tak pe lah.aku balik kampung orang lain lah…”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Dik,dik,dik…..jagalah jalan tu.Polis ni pun satu tau lah ada orang besar nak jalan tapi jagalah budak-budak ni.Kalau orang salah takleh kalau dia salah jalan je.”rungut Anis sambil menarik seorang budak ke tepi jalan.Kereta besar gaya limousine melintasinya. ‘Anak raja kot’bisik hatinya.Selesai kereta berkenaan melintasi,Anis meneruskan langkahnya untuk pulang ke rumah.

Tengku Arif al-Fahd bin Tengku Safri termenung sambil teringat wajah wanita yang berada di tepi jalan.Dirasakan ada yang berlainan pada gadis itu.
“Tengku,tengku nak ke Istana atau pulang ke hotel?”soalan yang diajukan pemandunya itu mematikan lamunannya itu.
“Kamu boleh bawak saya pulang ke hotel.”balas Tengku Arif.
“Baik,tengku.”
Tengku Arif kembali mengelamun semula.Akan tetapi bunyi telefon bimbit sekali lagi mematikan hayalannya. ‘Alah sibuk je’marahnya di dalam hati.
“Assalamualaikum bonda,bonda apa khabar?”Tengku Arif menjawab telefonnya.
“Waalaikummussalam.Kamu panggil mama bonda?ni mesti ada something ni.”
“Takde pape lah mama.Mama ni pandai pandai je.”
“Arif,mama kenal Arif masa lahir lagi.Arif cuma panggil mama bonda bila Arif ade masalah.Ni apa citer ni?”
“Ma,kalau kita asyik mengelamun je apa tanda nye.”
“Biasa yang mama tau orang yang jatuh cinta memang kuat mengelamun.”
“Ye ke ma?”Tengku Ariftelah pun melebarkan senyumannya.
“Anak mama dah jatuh cinta ke?”
“Okay lah ma,Arif nak confirm something ni.okay caw…”Ibunya ingin menyambung tapi telah dimatikan oleh Tengku Arif.
“Pak cik,negeri kat sini.esok diorang sekolah lagi tak?”Tanya Tengku Arif sopan.Dia sememangnya tidak menyombong.Seluruh keluarganya bersifat rendah diri.Walaupun ayahnya seorang Sultan tapi,Dia sering membahasakan dirinya dengan panggilan biasa.
“Ya tengku.”balas pemandunya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anis melangkahkan kakinya perlahan-lahan….
“Woi!!!!”sergah Fiza
“yak mak kau kahwin.Kau ni Fiza.jangan lah sergah cam tu.”latah Anis.
“Yang kau duk tergedek-gedek ni apasal.?”
“Aku tengah ngintip ni.”
“Ngintip sapa?”
“Tu…”Anis menundingkan jarinya ke arah Saiful Aldi.
“OH.Kau ni tak abis-abis lagi ke.Pergilah kejar dia.”
“Mana boleh.”
“apasal lak?”
“Nanti nampak macam perigi cari timba.Timbalah kena cari perigi”
“Ek eleh jual mahal lah lak.”
“Tak leh lagi lah aku kena tunggu dulu.Manalah tau ada anak raja datang meminang petang nanti.”
“Perasan.Dah lah aku nak masuk kelas dulu.”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tengku Arif ralit memerhati gadis itu.Kini,dia akui gadis itu berjaya mencuri hatinya.
“Tengku,tengku buat apa tu.”tanya salah seorang pengikutnya.
“kenapa?”tanya tengku Arif
“Ada panggilan dari pemaisuri.”Tengku mengambil handphonenya.
“Ada apa mama?”tanya Tengku Arif
“Betul apa yang mama dengar ni?”
“Apa dia?”
“Kamu jatuh cinta.”
“Mana mama tau ni?”
“adik kamu yang cakap.Macam mana orangnya?” 'Tak guna punya budak!'marah Tengku Arif dalam hatinya.
“Seseorang yang mama akan suka.tapi ma….”
“Tapi apa?”
“Dia orang biasa je ma.”
“Takde papenye.Macamlah kita ni orang luar biasa.Apa yang terbaik untuk Arif,itulah yang terbaik untuk mama.so, make sure you get her okay?”
“Thanks ma.”
“untuk apa?”
“Sebab mama faham perasaan Arif.”
“its okay.”senyumannya lebar seketika. ‘saya akan cari awak.’

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anis gementar ketika melangkah masuk ke dalam rumahnya masakan tidak,di luar halaman rumahnya penuh dengan kereta yang mewah-mewah.Langkahnya digagahkan ke dalam rumah teres dua tingkat milik ayahnya.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam.”serentak ramai yang menjawab. ‘ramainya’desis hatinya.Anis memandang sambil tersenyum lalu mendekati tetamunya yang berjantina perempuan untuk bersalam.
“Nie ke Asyira Anis?”Tanya seorang mak cik yang seiras datin itu.
“Ye saya.”
“Cantiknya.sopan pulak tu.”kembang kempis hidung Anis apabila dipuji sedemikian rupa di hadapan ibu bapanya.
“Saya naik atas dulu ye.”Anis menaiki tangga.Sangkanya kesemua orang itu adalah teman keluarganya.
Usai menukar pakaian,Anis menuruni tangga.Di pertengahan jalan,Anis terdengar kedua orang tuanya berbicara. ‘tak balik lagi diorang tu.’Anis mengambil keputusan untuk mencuri dengar perbualan mereka.
“Bukan saya nak halang tapi dia masih belajar tak mengapakah.”ujar bapanya,Sulaiman.
“Dia masih boleh belajar selepas kahwin nanti,Tengku sendiri tak nak dia berhenti belajar.”
“Nanti saya tanya dia.”
“Kalau boleh kami nak jawabpannya secepat yang mungkin.”
“Insya-Allah,nanti saya usahakan.”
“Kalau macam tu kami pulang dulu lah ye.”
“Ya lah.”Rombongan yang datang tadi tu telah meninggalkan perkarangan rumah.Anis segera menuruni tangga.
“Mak,diorang tu sapa?datang buat apa?”tanya Anis.
“Rombongan datang nak meminang.”
“Pinang kak Ira ke.Wah.tapi bukan kak masih belajar ke.”
“Bukan kak kamu tapi tu kamu tu.”
“APA!!!”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Kau ni apasal dari tadi aku tengok kau duk termenung jer”teguran Aira mematikan lamunan Anis.
“Haah betul tu,Kau termenung ingat kat Saiful ke?usik Fiza.
“Takde pape lah.”Memandangkan semua guru sedang bermusyuarat sepanjang masa selepas rehat tiada guru yang masuk.Semua kelas dijaga oleh dua orang pemimpin pelajar.Kelas Anis dijaga oleh Saiful Aldi dengan Faiz Ahmad.
“Kau tak nampak ke buah hati kau tu tengah pandang kat kau.”ujar Airaa.Saiful yang ralit memerhati Anis segera mengalihkan pandangannya.
“Entah lah.Aku rasa semacam je.”resah Anis menjawab
“Macam apa?”
“Semacam sesuatu yang akan berlaku.”
“Ala firasat kau je kot.”
“Firasat aku selalu betul tau.”marah Anis.
“Assalamualaikum.”Suara seorang jejaka memberi salam di luar kelasnya.Anis dengan temannya terus bersenda.
“Anis.”Tegur Saiful.Hati Anis berdengup kencang bukan kerana ditegur oleh lelaki idamannya tetapi dirasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Ya.”lembut Anis menjawab
“Ada orang cari awak.”
“Sapa?Mana?”
“Tu...”belum sempat Saiful menghabiskan ayat,Seorang lelaki mendekati tempat duduk Anis.
“Asyira Anis binti Sulaiman?”tanya lelaki yang tampan itu.
“Ya saya.Maafkan saya,saya kenal awak ke?”tanya Anis
“Saya Tengku Arif al-fahd ibnu tengku Safrul.”balas Tengku Arif.
“Tengku...Awak lah yang semalam tu?”tanya Anis
“Ya saya.Gembira bertemu awak.”Tengku Arif melemparkan senyuman manisnya.Di saat itu impian untuk berdepan dengan gadis idamannya tercapai.Ya,gadis itu lah yang selalu di impikan,gadis yang sentiasa mencuri hatinya.
“Boleh kita bercakap?”Lembut Tengku Arif memulakan langkah.Anis sekadar mengangguk lalu mereka melangkah ke  kantin sekolah sambil seisi kelas memandang hairan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Tengku,saya nak tanya satu soalan boleh?”tanya Anis.
“Tolong jangan panggil saya tengku,awak boleh bahasakan diri awak macam biasa je.Apa awak nak tanya?”balas Tengku Arif.
“Maafkan saya.Kenapa awak pilih saya.Kenapa bukan orang lain.Takkan dalam dunia ni takde yang lain selain saya?”
“hmmmm...Saya tak nak orang lain.Awak tahu tak betapa saya menginginkan gadis yang kini di depan saya.”lancar Tengku Arif berbicara.
“Tapi awak saya masih tak faham kenapa saya?”
“Sebab saya cintakan awak.”
“Tapi kenapa?”
“Saya tak tau kenapa bila saya nampak awak,hati saya kencang.Saya tak pernah rasa begini dengan perempuan lain.Awak lain.Awak special untuk saya.”ayat Tengku Arif itu sedikit sebanyak menggoncang hati Anis.Apa yang dikatakan tadi itu tidak lansung menampakkan penipuan sebaliknya tulus dari hati Tengku Arif.
“Tapi kenapa perlu meminang terus?”
“Sebab awak istimewalah saya ingin memperisterikan awak. Saya ingin gadis seperti awak sah untuk diri saya buat selama-lamanya.”bibir Tengku Arif sentiasa tersenyum.
“Saya masih muda dan saya tak layak untuk awak.”
“Muda tidak menjadi masalah untuk berkahwin tapi kenapa awak cakap awak tak layak dengan saya?”
“Sebab saya hanya sederhana,awak anak raja.Sedang saya baru je lepas PMR tahun lepas,awak dah berumur and saya tak kenal awak pun.”
“Maksud awak saya ni tua sangat ke?”
“Alamak.Tak saya cuma tak tau umur awak.Biasanya anak raja ni dah habis belajar dah.Sorry.”Anis lansung tidak perasan perkataan ‘dah berumur’ tu.
“Takpe.Saya tak kisah awak ni orang biasa ke orang kaya ke.Apa yang penting pada saya ialah awak adalah gadis idaman saya sampai bebila pun.”
“Tapi kan saya tak kenal awak.”
“Pembantu saya akan terangkan.Kalau macam tu saya pulang dulu lah ye dan saya harap sangat awak pertimbangkan lamaran saya.Saya akan datang balik untuk kepastian.”Tengku Arif mempelawa Anis untuk pulang bersama namun ditolak Anis.
“Selamat tinggal duhai puteriku.”Tergaman Anis saat Tengku Arif melafazkan ayat itu. ‘Beraninya dia,dah lah depan kelas aku.Apa aku nak cakap nanti.Malunya.’resah hatinya.Salah seorang pembantu Tengku tadi memberi satu majalah kepada Anis.Anis membeleknya dan wajah Tengku Arif bersama biodatanya.Anis ternganga sebelum teman-temannya mendapatkannya.
“Woi sapa tu?Sejak bila kau ada kekasih ni?Dah tu anak raja lagi.”banyak soalan yang diajukan Fiza.
“Kau ni Fiza leklah dulu.Kasi Anis duduk.Kenapa nis?”Airaa mempelawa Anis duduk.Anis melepaskan keluhan.Dia memberi majalah itu kepada mereka.
“Apasal kau ni?Aku tanya kau kenapa,yang kau hulur majalah ni apasal.”
“Korang....Kalau kita tolak lamaran anak raja camne ah?”tanya Anis.
“Yang aku tau nye.Kalau kita tolak lamaran anak raja,nanti kita kena saman sebab bagi malu kat raja.”terang Airaa.
“HAH!!!”
“Apasal?”tanya Fiza
“Aku kena pinang semalam.”
“E ye.Dengan sapa?”
“Tu..”Anis menundingkan jarinya pada muka Tengku Arif dalam majalah itu.
“APA!”serentak Fiza dan Airaa.
“Syoknye kau tapi terus-terang aku kata rugi gila kalau kau tolak tau.Dah lah hensem,kaya,bijak and alim lak tu.Perfect giler.”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lagu Gravity nyanyian Sara Barelles bermain-main di fikiran Anis.Anis tersekat.Dia tidak mahu keluarganya dimalukan.Lirik lagu Gravity sama seperti dirinya:
Set me free.Leave me be.
I don’t want to fall another moment into your gravity
Here i am and i stand so tall,just the way i supposed to be
But you’re on to me and all over me

Ya,Dia harus membuat keputusan.Dia akan menerima lamaran itu.Harus. ‘Maafkan aku Saiful Aldi.Aku berjanji.Ini adalah kali terakhir namamu tersemat di bibirku.Andainya kau menaruh perasaan padaku.sudah pasti aku akan menolak lamaran ini.Tapi apakan daya Aku bukan untukmu.’Anis sebak seketika tatkala ayat terakhir itu terlafaz.
“Ya ALLAH,Ya Tuhanku.Aku berserah padamu.Andai Tengku itulah jodohku,Kau berbaikkan lah segala keburukan aku.Jadikanlah aku isteri yang solehah untuknya.Dan dia sememangnya ikhlas untuk bersamaku.Bahagiakan lah hidup kami kelak.Aku mohon sebagai hambamu yang lemah.AMEEN.”lafaz doa Anis usai melakukan solat hajat.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“So?”tanya Tengku Arif.Anis menggangguk.
“Betul ke?”
“Ya saya setuju tapi dengan dua syarat.”
“Alhamdulillah.Apa syaratnya?”
“First,awak takleh paksa saya pindah saya nak menetap kat sini sampai tamat sekolah.Second,awak kena benarkan saya sambung pelajaran saya sampai peringkat saya sendiri nak quit.And last.....”
“Eh bukan awak kata dua je ke?”Tengku Arif kehairanan.
“Yeke.Okay.Tiga balik.”
“Tak kisah lah.cepat lah sambung.”
“Last,Awak tak boleh sentuh saya sehingga saya tamat sekolah.Boleh.”
“Apa saya perintahmu.Saya bersyukur sangat sebab awak sudi bersuamikan diri saya.Tapi, saya pun ada syarat jugak.”
“Hah,Apa dia?”
“Awak kena bahasakan diri awak macam biasa tak kira pada saya atau keluarga saya.Awak jangan risau,keluarga saya amat mengalu-alukan awak.Kami semua guna behasa biasa je.ok?”Anis menggangguk.

PERINTAH CINTAMU (ENDING)

“awak,abang-abang awak tu dah kahwin ke?”tanya Anis.
“Soalan yang bagus tu.Actually,saya adik-beradik first yang kahwin.Kira langkah bendul lah ni.Hehehe.”
“ohhh.Kiranya kita ni sama-sama langkah bendul lah ye.”Tengku mengangguk.Anis tergelak.Gelak tawa Anis dan Tengku Arif membelah kesunyian.Anis tidak menyangka pada seawal umur 21 tahun,Arif sudah graduate di Oxford.Tengku Arif mengambil keputusan untuk membuka perniagaan.Abang sulungnya akan mengambil alih takhta ayahnya manakala abang keduanya masih setia belajar di New Zealand.Sungguh tidak disangka dia hanya merupakan orang biasa disaat ‘itu’ nanti, maka tercipta lagenda dongeng Cinderella.WajahTengku Arif sungguh tampan.Itu selalu diakuinya.perwatakan sederhana.Seorang lelaki yang tinggi lampai,berkulit putih dan berbadan sederhana tegap.Sungguh tampan.Anak mata coklatnya bertemu Anis,membuatkan rasa gentar antara kedua-duanya.namun Tengku Arif melemparkan senyuman tulus.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Berita perkahwinannya yang hanya tinggal seminggu lagi digemparkan oleh pemberita.Petermuan antara dua darjat yang melahirkan rasa cinta mereka.Semua persiapan sudah tersedia.Baju perkahwinan telah lengkap.Hanya yang tinggal cuma hari perkahwinan mereka.Anis kini lebih senang berada di samping Tengku Arif.Mereka sering bergurau senda. Namun,disebalik kegembiraan Anis lahir rasa dengki buat Saiful Aldi.Gadis yang selama ini dicintainya akan membina bahtera bersama lelaki lain.Apakan daya.Anis bukan lagi jodohnya. ‘Anis,sayangku selamanya,Aku biarkan kau bahagia bersamanya.Ya tuhan bahagiakan mereka.’

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.Anis telah meminta kebenaran daripada Tengku Arif supaya perkahwinan itu masih beradab biasa walaupun diraja.Hari pertama setelah akad nikah, majlis persandingan harus diadakan di tempat pengantin perempuan dahulu.Masjid Al-Arshd mulai penuh dengan waris-waris terdekat.Pemberita juga sudah pun mulai ramai.Anis yang berbaju sutera putih lembut digayakan dengan lace dan manik menyerikan wajahnya,duduk bersimpuh sambil menunggu pengantin lelaki tiba.Tengku Arif akhirnya tiba,bergaya segak dengan baju melayu bersampin kilau.Baju sutera itu dipadankan dengan tajak di kepala.Tengku Arif memandang wajah melayu asli milik Anis.Gadis itu tampak sungguh cantik dengan bajunya.Mata oklatnya mencairkan hati Tengku Arif.Wajah Anis yang putih melepak itu dilekatkan hanya secalit mekap.Tengku Arif mengambil tempat di hadapan bakal bapa mertuanya.
“Aku nikahkan engkau dengan puteriku,Asyira Anis binti Sulaiman dengan mas kahwinnya RM2500 tunai.”lafaz Bapa Anis mendebarkan Anis.Dadanya kencang menanti ayat yang dikeluarkan Tengku Arif.
“Aku terima nikahnya Asyira Anis binti Sulaiman dengan mas kahwinnya RM2500 tunai...”Dengan sekali lafaz,Asyira Anis sah menjadi milik Tengku Arif Al-fahd.Air mata Anis tidak dapat dibendung lagi,maka terjurailah mutiara suci itu.Ucapan tahniah tidak berhenti diucapkan kepadanya.Usai berdoa,Tengku Arif mendekati Anis.Jari manis gadis itu disarungkan cincin berlian.Anis menyarungkan juga cincin pada Tengku Arif.Tengku Arif merapatkan mukanya dengan muka Anis lalu dikucupnya ubun-ubun Anis.Anis menyambut tangan Tengku Arif lalu dikucupnya.
Begitulah kisah cinta Anis.Berita tersebar luas tentang cinta Tengku Arif kepada pelajar bernama Asyira Anis.

Hari berikutnya Anis dibawa pulang ke negeri suaminya untuk majlis bersandingan di raja.Kali ini Anis memakai pakaian bewarna kuning sepasang dengan seragam diraja Tengku Arif. Sultan Safri menyambut manis kedatangan menantunya yang manis itu.Abang-abang ipar Anis juga turut hadir di majlis penuh bermakna itu.Kembang kempis hidung Anis saat ramai yang memuji cantik dan ayu.
Malam selesai upacara persandingan selama lima hari itu,Anis masuk kebiliknya untuk tidur debaranya semakin kencang saat Tengku Arif juga masuk ke bilik itu.Anis berpura-pura tidak nampak.Anis menhadap depan cermin lalu membuang pip-pin di tudungnya.Semasa hendak menanggalkan tudungnya itu dia tersentak seketika.
“Kenapa ni.Sayang tanggal lah tudung tu nanti panas.Jangan risau abang ingat janji abang,abang takkan sentuh Anis sampai Anis tamat belajar.Tapi,Anis boleh tanggalkan tudung tu depan suamikan?”Tengku Arif melembutkan nada suaranya Anis menggangguk lalu menanggalkan tudungnya.Rambut panjang Anis terurai cantik.Itulah kali pertama ada seorang lelaki melihat auratnya.Tengku Arif memandang terpaku melihat kecantikan Anis. ‘Anis,sayang.Abang bahagia kerana akhirnya sayang menjadi milik abang'.Malamnya Anis tidur seperti biasa tanpa dia sedari Tengu Arif menatap indah wajahnya sambil mengusap rambutnya.Malam yang dingin itu berlalu begitu sahaja. Doa Tengku Arif.’Ya Allah kau lindungilah kami berdua dari bahaya.bahagiakanlah kamiAku berserah padamu untuk menahan nafsuku ini.’

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anis mengeluarkan buku latihannya.Telah beberapa minggu bahtera perkahwinannya terbina.Anis bahagia bersama Tengku Arif.Segala-galanya sempurna. ‘Tak lah teruk sangat kahwin ngan anak raja ni.’ Namun tugasnya semakin berat.Pulang sekolah,dia harus menyediakan makan malam untuk suaminya yang tercinta. ‘Tercinta?boleh lah kot.’bisik hatinya girang.
Anis pulang seperti biasa diambil oleh suaminya. Kehidupannya penuh keceriaan.Anis akan bercerita segala-galanya kepada Tengku Arif.Namun hanya satu yang mengeewakan Tengku Arif iaitu panggilan ‘abang’ masih berat untuk Anis.
“Abang...”teiba Tengku Arif bersuara ketika mereka sedang menikmati makan malam.
“hah?apa?”tanya Anis kehairanan.
“Panggil abang ‘abang’,”
“tuk apa?”
“panggil je lah.”
“Kalau tak nak.”
“panggil jugak.”
“hmmm...A.....”Tengku Arif menantikan perkataan ‘abang' dari mulut Anis.
“A.....A..........CHEW.”Anis pura-pura bersin.Tengku Arif mengangkat keningnya.
“A......A......A......LONG.”Kali ini Tengku Arif menjeling ke arahnya.
“A..............A................A.................A.......B..........AB.....ENG.” Tengku Arif hampa.Malamnya hujan turun dengn lebat saat mereka lena dibuai mimpi.Dentuman kilat mengejutkan Anis.Anis sememangnya takut akan kilat.Anis menggigit selimutnya.Dentuman kedua,Anis membangunkan Tengku Arif.Namun Tengku Arif sengaja menutup matanya ingin menguji Anis.
“AWAK!!awak bangunlah!!”panggil Anis.Tengku Arif pura-pura tidak mendengar nya.
“AWAK!”
“AWAK!”Anis berteriak namun hampa.Dentuman ketiga mengejutkan Anis lalu terkeluar
“ABANG!!!!”Tengku yang mendengarnya bangkit.
“Ya sayang...”Tengku Arif tersenyum.Anis menutup mukanya dengan selimut.Malu...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Waktu rehat lah yang ditunggu-tunggunya.Dia dan teman-temannya segera ke kantin untuk mendapatkan sumber tenaga.Saat Anis melangkah ke kantin,Datang seorang perempuan.wanita itu mengeluarkan pisau dari begnya lalu menghunud ke perut Anis.Anis tersendak.Darah mulai keluar.Perutnya terasa perit.
“Padan muka kau!Itulah akibatnya kalau suka sangat rampas hak aku.You’ll die.”Suara Natasya diikuti dengan tawanya.Anis tidak dapat menggagahkan kakinya.Dia hampir rebah tetapi.
“ANIS!!!!!”Tengku Arif meluru mendapatkan Anis.Anis berada di dalam dakapannya.
“Kau ni kenapa?”Tengku Arif sempat memarahi Natasya.
“Arif,I sayang u.kenapa u pilih dia.i ni kenal u dulu tau.i love u so much.”
“Eh Tasya!Aku tak heran lah ngan kau.Hati aku Cuma satu...”Anis yang rebah hampir manutup matanya tetapi dia sempat menangkap satu ayat Tengku Arif.
“Dan ianya hanya untuk gadis yang bernama Asyira Anis.”Anis pejam matanya sambil tersenyum.Bahagia.
“Sayang!bangun sayang sabar ye.”Tengku Arif membawa Anis yang berada di dakapanya ke keretanya.
“Tasya!if something happened to her,i’ll make sure u’ll paid it.”Tengku sempat memarahi Natasya.Natasya rebah dalam tangisan.Sekian lama dia mecintai Tengku Arif namun inilah balasannya.Dari Oxford lagi dia menaruh harapan pada Tengku Arif.Tangisannya makin hilai saat tangannya digari oleh pegawai polis.
Di dalam kereta,Tengku Arif membiarkan pegawainya memandu sambil dia meletakkan Anis di ribanya.Pisau di perut Anis dibuang.
“Sayang,sayang kena kuat.Sayang kena kuat.”
“Bangunlah sayang,sayang tak leh tinggalkan abang,abang takkan bagi.Abang janji abang akan lindungi sayang.Tabah lah sayang.Ya Allah,aku mohon padamu selamatkan isteriku ini.”Air mata Tengku Arif berjujuran membasahi pipinya dan jatuh atas wajah Anis yang lemah itu.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anis membuka matanya,Pandangannya yang kabur mulai terang.Tekaknya kering.Dia ingin mencapai botol air di sebelah kanannya,tetapi dia masih lemah.Digagahkan jua tangannya namun Anis terasa sangat letih.Dia menoleh ke kanan.Tengku Arif sedang menunaikan solat Isyak.Tengku Arif menadah tangannya.Berdoa.Doa Tengku Arif pada mulanya perlahan mula terdengar sayup-sayup tangisannya.
“Ya Allah.....Aku hamba yang lemah berserah padaMu. Lindungilah aku dan isteriku.Selamatkanlah Isteriku. Sembuhkanlah dia.Aku mohon padaMu.Hanya engkau yang berkuasa atas semua kejadian.Aku hanya mampu menadah tangan berdoa padaMu.Engkau makbulkanlah doaku ini.AMEEN.” Tengku Arif menekup mukanya.Dia menangis.Anis yang melihatnya turut tersentuh.Air matanya mengalir laju membasahi pipinya. ‘Ya Allah.Alhamdulillah Kau berikan suami yang terbaik untukku.Aku bersyukur padaMu.’doa Anis dalam hatinya. Tengku Arif melihat isterinya yang sedang menangis.
“Sayang,sayang nak apa?”tanyanya
“Air....”Tengku Arif segera mengisi air ke dalam gelas lalu diberi kepada Anis.Sesudah minum,Anis meletakkan airnya di atas meja.
“Sayang nak apa lagi?”Tanya Tengku Arif.Anis menggelengkan kepalanya.Dia menarik lembut tangan suaminya itu.
“Abang,terima kasih.”ucapnya lemah.Tengku Arif menggenggam kemas tangan Anis.Air matanya yang tadi kering kembali basah.
“Abang mintak maaf,sayang.Andainya kelau abang sampai awal,Sayang takkan jadi macam ini.”Anis menggelengkan kepalanya.
“Tak abang,Allah memberikan ujian kepada hambanya.Setiap dugaan akan berakhir dengan kebahagiaan.Anis percaya itu.”
“Abang janji abang akan sentiasa mejaga sayang ye.” Tengku Arif mengucup tangan Anis,lembut.Air matanya sudah kering.Anis tersenyum.
“Anis perintahkan abang untuk sentiasa di sisi Anis.”
“Abang perintahkan Anis untuk sentiasa bersama abang salamanya.”
“Anis perintahkan abang untuk mecintai Anis buat selama-lamanya.”
“Abang perintahkan Anis untuk mecintai abang dan hanya mati yang memisahkan kita.”Anis tersenyum.
“Dan,Anis perintahkan abang untuk menjaga Anis...”belum sempat Anis manghabiskan ayatnya.Tengku Arif menyambung.
“Abang janji.”
“Anis percayakan abang....hikhik hoorey!!!”Anis mengangkat tanngannya tanda gembira.Tawa Tengku Arif terlepas.Mereka berdua girang bergurau senda.
“Menurut perintah puteriku.”Tengku Arif mengucup tangan isterinya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Upacara penyampaian sijil kepada para graduan telah pun selesai.Semua orang sudah berada di luar untuk bergambar bersama keluarga namun Anis masih menunggu kedatangannya. Di lihat kiri dan kanan tetapi tidak nampak.
“MAMA!”teriak Damya Arrisya dengan Daniel Azriefl.Anis merendahkan badannya untuk memeluk anak-anaknya itu.Dikucupnya Damya dengan Daniel.
“Papa mana?”tanya Anis.
“Tu...”serentak mereka berdua menunjuk ke arah belakang.Tengku Arif hadir membawa sejambak bunga untuk Anis.
“Tahniah.”ujar Tengku Arif sambil mengucup pipi isterinya itu.Anis tersenyum.
“Ya Allah papa ni.Kalau tak sabar tunggu lah nanti balik.”ujar Damya.
“Betul tu.Kalau ye pun jangan lah depan orang ramai.”Sambung Daniel.Tengku Arif dan Anis ketawa.
“Hish kembar ni.kan papa tak bawak makan kat luar.Biar papa pergi ngan mama je.”Tengku mengusap rambut Daniel.
“Betul tu.Bang,malam ni kita gi makan steamboat lah.”Anis menyambung.
“Kat atas boat nak tak,sayang?”
“boleh gak.”
“Habis kitorang nak makan apa?”tanya kedua-duanya serentak.kembar...
“Nanti mama tinggal makanan kat bawah meja ye.”usik Anis
“Ala mama...tak nak lah.Papa,nak ikut”kedua-duanya merayu sambil menunjukkan muka masam.Tengku Arif memandang isterinya.
“Ok lah.Dah jom balik.”Tengku Arif memimpin tangan Daniel dengan Anis manakala Anis memimpin tangan Damya.

Di dalam kereta Tengku Arif memandang wajah Anis.Kedua-dua anaknya lena dibuai mimpi di belakang.Anis menoleh ke arah Tengku Arif.
“Kenapa bang?”tanya Anis
“takde lah. abang cuma fikir,kalau dulu Anis tolak lamaran abang,apa abang dah buat ye?”jawab Tengku Arif.Anis tersenyum.
“Kalau abang nak tau,Anis syukur sangat sebab terima lamaran tu.Kalau tak Anis tentu tak segembira ni.Bang....”
“Ye?”
“Anis sayang abang.”
“Anis...”
“ye?”
“Abang hanya cintakan Anis ye.”
“thanks”serentak menjawab sesama sendiri.Tiba-tiba Anis terasa loya mulutnya ingin mengeluarkan sesuatu.Tengku Arif memberhentikan kereta.Anis segera membuka pintu dan segera mengeluarkan apa yang nak dimuntahkan tadi namun tidak terkeluar.
“Anis, kenapa ni?”tanya Tengku Arif.
“Tak tau lah bang.Anis rasa loya sangat.”
“Entah-entah.Anis mengandung kot.”Tengku Arif sudah tersenyum lebar.Anis terkesima.






by Miss Chinta