Surat tawaran belajar ke London terbang ditiup angin.Ika Farhana yang khusyuk menulis terhenti dan mencari suratnya itu.Surat itu telah jatuh ke bawah.Ika Farhana segera menuruni tangga.Di bawah,dia tercari-cari suratnya tetapi hampa.Farid Ridhuan membaca surat yang baru ditemuinya tadi.Ika Farhana yang baru perasan akan suratnya berada di tangan lelaki itu dengan cepat menyambar.
“Sorry wak,ni surat saya.”ujar Ika
“Takde pape lah.Wow,bagusnya awak dapat tawaran belajar overseas.”puji Farid.Ika hanya tersenyum.
“So,awak pergi tak?”Soal Farid.
“Tak tau lagi lah.Saya keliru sebenarnya.”jawab Ika.
“Apasal?”ramah Farid bertanya.
“Actually saya dapat dua tawaran.Satu kat London while satu lagi kat Ireland.”Ika menjawab sambil tersenyum mesra.
“course lain kan?”
“Haah.yang London dalam akauntansi but Ireland punya course dalam medic.Saya tak tau nak pergi mane satu.”Farid tersenyum menampakkan sebaris giginya yang putih bersih bak iklan gigi colgate .Ika kemudian baru tersedar.
“E eh, awak ni baru ke kat sini sebab saya baru perasan yang saya tak pernah jumpa awak.”
“Baru perasan ke.Saya ingat awak tak kan perasan dah.Dah seminggu dah.Hari Jumaat lepas family saya buat makan sempena masuk rumah baru.Saya rasa saya takde nampak awak.”
“Ye ke? Kalau hari Jumaat lepas saya and family takde kat rumah.Kitorang gi KL.”
“O…Patutlah.”
“Eh awak,Sorry lah saya tak leh duk lama.nak kena naik nanti tak pasal kena tangkap kering.”
“basah…”Farid membetul.
“Pape lah.Bye.”Ika segera masuk ke dalam rumahnya.Namun dia menjenggukkan kepalanya ke luar pintu.
“Anyway, seronok kenal awak.”Ika masuk kembali ke dalam rumah.Farid terkesima belum sempat dia hendak menanya nama gadis itu,Dia telah berlalu.Farid pulang sambil tersenyum sendiri.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Ni apasal anak mama sorang ni?Tersengih-sengih macam kerang busuk je.”Puan Zakiah memasuki bilik anaknya,Farid Ridhuan.
“Mana ada mama.”Farid masih tersenyum.
“Ye lah tu.”
“Tak baik tau mama cakap Farid macam kerang busuk.Kalau kerang wangi boleh tahan lah jugak.”
“Kalau ada,memang mama akan cakap.Masalahnya semua kerang busuk.”Farid tersenyum mendengar omangan mamanya.
“Mama..”panggil Farid.
“Ye..”balas Puan Zakiah.
“Mama nak menantu baru tak?”
“Betul ke apa yang mama dengar nie?”Farid tersenyum lalu membaringkan badannya di atas katil.Matanya dipejamkan.
“Farid rasa Farid dah jatuh cinta.”
“Ye ke?Kamu nak kahwin ke?bagus lah.tak lah sunyi mama nanti.Abang kamu tu tau bawak lari bini balik KL je.Tapi dengan sape?Cakap kat mama.Biar mama pergi pinangkan budak tu.”Puan Zakiah gembira dengan anaknya.
“Mama ni.Papa kan ada temankan mama.Farid tak tau namanya.Dia tinggal kat situ.”ujar Farid sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah rumah banglo yang berada di sekitar rumahnya.
“Kalau macam tu,mama ada plan.”
“Betul ke ma,apa dia.”Puan Zakiah membisikkan rancangan ke telinga anaknya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Maaflah kalau akak mengganggu.”ujar Puan Zakiah.
“Takde pape pun kak.”Puan Rahana tersenyum.
“Takdelah.Akak baru kat sini.So, akak nak kenal ngan jiran-jiran.Hari Jumaat lepas akak buat makan.Akak tak nampak pun Ana.”
“Ana dan keluarga pergi KL.”
“Ana tinggal dengan suami je ke?”
“Tak jugak Ada dua orang anak Ana tinggal sekali.”
“Ana ada berapa orang anak?”
“Semuanya tiga tapi sorang dah kahwin.so tinggal dua orang anak kat rumah.Soran perempuan baru je lepas SPM.Yang satu lagi still belajar di tingkatan tiga.Akak pulak ada berapa orang anak?”
“Akak ada dua je.dedua lelaki.Sorang dah kahwin tapi duk kat KL.Kat rumah akak tinggal ngan suami dan anak bongsu.dia still belajar.tak lama lagi tahun akhir.Kalau boleh lah Ana,akak nak tengok anak Ana yang perempuan tu boleh?”
“Boleh kak.Dia ada kat dalam biliknya.Akak naik lah kat tingkat atas tu bilik yang ada tulis nama Ika ye lah tu.”
“Ika?”
“Nama dia Ika Farhana.Akak naik lah ye.Saya nak siapkan makan tengah hari ni. Akak buat je macam rumah sendiri.”Puan Zakiah tersenyum.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Assalamualaikum.Boleh mak cik masuk?”soal Puan Zakiah.
“Waalaikummussalam.Masuklah.”jawab Ika.
“Ika apa khabar?”
“Sihat.Mak cik ni…”
“Mak cik Kiah.Mak cik tinggal kat situ.”Puan Zakiah menundingkan jarinya ke arah rumah agam yang besar miliknya.
“oh..”
“Cantiknya bilik Ika.Ika yang design ke?Bersih pulak tu.”Ika tersenyum bangga apabila dipuji.Puan Zakiah senang melihat Ika Farhana,tuan secantik nama. ‘Padanlah Farid suka’ bisik hatinya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“IKA!IKA!”panggil Farid.
“E eh mana awak tau nama saya?”soal Ika pelik.
“Adalah.Awak dah desite ke nak sambung belajar katn mana?”
“Haah.Saya nak kejar cita-cita saya.Saya nak gi London nak ambik akauntansi.”
“Baguslah kalau macam tu.Saya pun ada something nak bagitau awak.”
“Apa dia?”
“Saya dah nak balik Korea nak habis semester.Dua minggu lagi saya pergi.”
“KOREA!wow,bestnye.Apasal awak tak cakap pun yang awak belajar kat sana.Saya nak sangat gi sana.Awak ambik course apa?”
“Dah awak tak tanya.Saya dalam course Engine.”
“Wow.Eh nantikan,awak bawak lah saya pergi jalan-jalan kat sana ye.”
“OK.Saya janji.” ‘tu pun kalau awak sudi’
“Awak ni..Saya gurau je lah.”Ika ketawa.
“Saya doakan awak berjaya ket sana nanti.”
“Saya pun akan doakan awak jugak.ok lah,saya nak kena masuk ni.Tak solat Zohor lagi.”
“ok.bye.”
“Jap jap.Apa nama awak?Mana aci awak tau nama saya tapi saya tak tau nama awak.”
“Awak akan tau nanti,Ika Farhana.”Farid berlalu sambil tersenyum meninggalkan Ika yang termanggu-manggu. ‘Actually,hensem gak mamat nie.Putih,tinggi,tegap, muka cam mat salih.cukup citarasa ni.’ Puji Ika dalam hati.memang diakui setiap kali dirinya ditegur lelaki itu,hatinya berdegup kencang.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Bertunang?”Ika tersedak.
“Haah..Dengan anak mak cik Kiah,Farid Ridhuan namanya.mak memang suka budak tu.Hensem orangnya.yang penting dia ingat Tuhan.Ayah kamu pun suka.”
“Dia dah kerja ke mak?”soal Ika.
“Tak Dia still belajar tapi dah semester akhir.Mak dan mak cik Kiah dah bincang dah.Kamu berdua tunang lu.lepas kamu habis belajar baru kahwin.”
“Suka hati mak lah.Lagipun mak dan ayah dah bagi Ika pilih course yang Ika nak. So,sekarang mak pilih lah apa yang terbaik untuk Ika.”Ika tersenyum senang.Sungguh Ika tidak pernah derhaka .Dia hanya menuruti kehendak ibu bapanya.Baginya kebahagiaan mereka kebahagiaan dirinya.
“Kalau camtu,hari Jumaat depan kamu tunang ye…”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Usai akad nikah,air mata Ika tidak henti-henti mengalir.Dengan sekali lafaz,dia sudah sah menjadi milik Farid Ridhuan.Selama lima tahun dia bergelar tunang akhirnya kini dia digelar isteri orang.Tidak pernah sekalipun dia melihat wajah Farid kerana mamanya melarang untuk melihat Farid.Sewaktu majlis akad nikah,Ika berada di dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar.Si penganti lelaki memasuki bilik pengantin untuk menyempurnakan upacara pembatalam air sembahyang.Dada Ika berdegup lebih kencang.Setelah jarring disarungkan ke cincin manisnya,Farid mengangkat muka Ika untuk mencium dahinya.Mata Ika terpejam rapat.
“Bukalah mata,sayang.”ujar Farid dalam suara separuh berbisik.Ika membuka matanya.Alangkah terkejut dia apabila mendapati suaminya merupakan lelaki yang sama yang menegurnya lima tahun lepas tapi wajah Farid lepih putih dan berseri.Baju Melayu sutera putihnya menyerlahkan lagi ketampanannya.
“Awak,Farid Ridhuan?”ujar Ika dalam suara terkejut.Farid tersenyum.
“Awak apa khabar,Ika Farhana.”balas Farid.
“Tapi,tapi,tapi….”
“Takde tapi,tapi lagi.”orang-orang yang memandang hanya tersenyum hibur melihat pasangan bagai pinang dibelah dua itu.Ika turut tersenyum malu.Ya,lelaki itulah yang berjaya mencuri hatinya.
“Saya sayang awak dari pertama kali kita bertemu lagi.Awak buat hati lelaki saya kecut.Melihat perwatakan awak menghiburkan hati saya.”Farid memainkan kata-kata romantik di telinga Ika.Ika tersenyum.bahagia….
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Kalau awak nak tau,semua ni mama yang rancang.”ujar Farid sewaktu orang ramai mulai keluar dari kamar pengantin.Farid menatap mesra wajah isterinya.Wajah wanita yang dirinduinya selama lima tahun kini berada di depan mata.Ika tampil lebih menawan dari lima tahun yang lalu.wajah yang sememangnya putih itu lebih menyerlah dengan make up yang sederhana.rambut natural hitam ikal mayang menarik minatnya dari dulu lagi.Badannya semakin kurus berbanding lima tahun lalu. Gaun pengantin Ika menyerlahkan lagi keayuannya.Inilah yang ditunggu-tunggu Farid iaitu memperisteri Ika Farhana.
“Jadi mama lah yang jadi spy awak ye?”Farid tersenyum sambil mengangguk.
“Saya ada hadiah untuk awak.”
“Apa dia?”Farid mengambil dua keeping tiket kapal terbang.Dia menghulurkannya kepada Ika.
“KOREA Biar betul.”Ika tersenyum girang.Cita-citanya untuk ke Negara yang disanjunginya bakal terjadi.
“Saya pilih ni sebagai tempat honeymoon kita.Saya tak pernah mungkir janji tau.”
“Abang…”Farid kaget apabila Ika menggunakan panggilan ‘abang’ untuknya.
“Ya sayang.”
“Ika nak bagitau yang Ika memang dah lama sayang abang.Abanglah orang yang berjaya mencuri hati Ika .”Farid merangkul kemas pinggang isterinya.
“Ika nak bagitau yang Ika memang dah lama sayang abang.Abanglah orang yang berjaya mencuri hati Ika .”Farid merangkul kemas pinggang isterinya.
“Abang nak Ika tahu.Melalui Ikalah abang kenal erti cinta.Terima kasih syang sebab sayang sudi terima abang.”Ika tersenyum.
YA ALLAH,Andai dialah jodoh abadiku,kau kekalkanlah kami sehingga akhir hayat kami dan engkau bahagiakanlah hidup kami sekeluarga.Aku bahagia dengan jodoh yang kau berikan .ALHAMDULILLAH….
by:Miss Chinta
by:Miss Chinta
