CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feb 7, 2011

PERINTAH CINTAMU (BEGIN)

“Anis,hari ni kau balik pukul brapa?”tanya Airaa.
          “Kul 2 lah…apasal?Kau nak bawak lari aku ke?”balas Asyira Anis.
“Buat pe aku bawak kau lari…”                                   
“Mana lah tau kau nak jual aku kat vietnam ke.”
“Hek eleh.Eh pompuan,kalau aku nak jual kau dah tak laku lah.seposen yang karat hijau pon belum tentu orang nak.”Anis tersenyum.
“Sapa cakap aku ni tak laku!Aku ni comel secomel-comelnya tau.”
“uwekkkkk!nak muntah aku.”
“Ra,bawak aku balik kampung kau cuti ni boleh?”
“kampung aku?mana?”
“Ala kau ni macamlah kampung kau tu banyak sangat.kat Vietnam lah.aku nak sangat gi sana.”
“Kau ni….Kau ada passport tak?”
“takde…”
“habis tu kau nak kena kop?”
“tak pe lah.aku balik kampung orang lain lah…”

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Dik,dik,dik…..jagalah jalan tu.Polis ni pun satu tau lah ada orang besar nak jalan tapi jagalah budak-budak ni.Kalau orang salah takleh kalau dia salah jalan je.”rungut Anis sambil menarik seorang budak ke tepi jalan.Kereta besar gaya limousine melintasinya. ‘Anak raja kot’bisik hatinya.Selesai kereta berkenaan melintasi,Anis meneruskan langkahnya untuk pulang ke rumah.

Tengku Arif al-Fahd bin Tengku Safri termenung sambil teringat wajah wanita yang berada di tepi jalan.Dirasakan ada yang berlainan pada gadis itu.
“Tengku,tengku nak ke Istana atau pulang ke hotel?”soalan yang diajukan pemandunya itu mematikan lamunannya itu.
“Kamu boleh bawak saya pulang ke hotel.”balas Tengku Arif.
“Baik,tengku.”
Tengku Arif kembali mengelamun semula.Akan tetapi bunyi telefon bimbit sekali lagi mematikan hayalannya. ‘Alah sibuk je’marahnya di dalam hati.
“Assalamualaikum bonda,bonda apa khabar?”Tengku Arif menjawab telefonnya.
“Waalaikummussalam.Kamu panggil mama bonda?ni mesti ada something ni.”
“Takde pape lah mama.Mama ni pandai pandai je.”
“Arif,mama kenal Arif masa lahir lagi.Arif cuma panggil mama bonda bila Arif ade masalah.Ni apa citer ni?”
“Ma,kalau kita asyik mengelamun je apa tanda nye.”
“Biasa yang mama tau orang yang jatuh cinta memang kuat mengelamun.”
“Ye ke ma?”Tengku Ariftelah pun melebarkan senyumannya.
“Anak mama dah jatuh cinta ke?”
“Okay lah ma,Arif nak confirm something ni.okay caw…”Ibunya ingin menyambung tapi telah dimatikan oleh Tengku Arif.
“Pak cik,negeri kat sini.esok diorang sekolah lagi tak?”Tanya Tengku Arif sopan.Dia sememangnya tidak menyombong.Seluruh keluarganya bersifat rendah diri.Walaupun ayahnya seorang Sultan tapi,Dia sering membahasakan dirinya dengan panggilan biasa.
“Ya tengku.”balas pemandunya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anis melangkahkan kakinya perlahan-lahan….
“Woi!!!!”sergah Fiza
“yak mak kau kahwin.Kau ni Fiza.jangan lah sergah cam tu.”latah Anis.
“Yang kau duk tergedek-gedek ni apasal.?”
“Aku tengah ngintip ni.”
“Ngintip sapa?”
“Tu…”Anis menundingkan jarinya ke arah Saiful Aldi.
“OH.Kau ni tak abis-abis lagi ke.Pergilah kejar dia.”
“Mana boleh.”
“apasal lak?”
“Nanti nampak macam perigi cari timba.Timbalah kena cari perigi”
“Ek eleh jual mahal lah lak.”
“Tak leh lagi lah aku kena tunggu dulu.Manalah tau ada anak raja datang meminang petang nanti.”
“Perasan.Dah lah aku nak masuk kelas dulu.”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tengku Arif ralit memerhati gadis itu.Kini,dia akui gadis itu berjaya mencuri hatinya.
“Tengku,tengku buat apa tu.”tanya salah seorang pengikutnya.
“kenapa?”tanya tengku Arif
“Ada panggilan dari pemaisuri.”Tengku mengambil handphonenya.
“Ada apa mama?”tanya Tengku Arif
“Betul apa yang mama dengar ni?”
“Apa dia?”
“Kamu jatuh cinta.”
“Mana mama tau ni?”
“adik kamu yang cakap.Macam mana orangnya?” 'Tak guna punya budak!'marah Tengku Arif dalam hatinya.
“Seseorang yang mama akan suka.tapi ma….”
“Tapi apa?”
“Dia orang biasa je ma.”
“Takde papenye.Macamlah kita ni orang luar biasa.Apa yang terbaik untuk Arif,itulah yang terbaik untuk mama.so, make sure you get her okay?”
“Thanks ma.”
“untuk apa?”
“Sebab mama faham perasaan Arif.”
“its okay.”senyumannya lebar seketika. ‘saya akan cari awak.’

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anis gementar ketika melangkah masuk ke dalam rumahnya masakan tidak,di luar halaman rumahnya penuh dengan kereta yang mewah-mewah.Langkahnya digagahkan ke dalam rumah teres dua tingkat milik ayahnya.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam.”serentak ramai yang menjawab. ‘ramainya’desis hatinya.Anis memandang sambil tersenyum lalu mendekati tetamunya yang berjantina perempuan untuk bersalam.
“Nie ke Asyira Anis?”Tanya seorang mak cik yang seiras datin itu.
“Ye saya.”
“Cantiknya.sopan pulak tu.”kembang kempis hidung Anis apabila dipuji sedemikian rupa di hadapan ibu bapanya.
“Saya naik atas dulu ye.”Anis menaiki tangga.Sangkanya kesemua orang itu adalah teman keluarganya.
Usai menukar pakaian,Anis menuruni tangga.Di pertengahan jalan,Anis terdengar kedua orang tuanya berbicara. ‘tak balik lagi diorang tu.’Anis mengambil keputusan untuk mencuri dengar perbualan mereka.
“Bukan saya nak halang tapi dia masih belajar tak mengapakah.”ujar bapanya,Sulaiman.
“Dia masih boleh belajar selepas kahwin nanti,Tengku sendiri tak nak dia berhenti belajar.”
“Nanti saya tanya dia.”
“Kalau boleh kami nak jawabpannya secepat yang mungkin.”
“Insya-Allah,nanti saya usahakan.”
“Kalau macam tu kami pulang dulu lah ye.”
“Ya lah.”Rombongan yang datang tadi tu telah meninggalkan perkarangan rumah.Anis segera menuruni tangga.
“Mak,diorang tu sapa?datang buat apa?”tanya Anis.
“Rombongan datang nak meminang.”
“Pinang kak Ira ke.Wah.tapi bukan kak masih belajar ke.”
“Bukan kak kamu tapi tu kamu tu.”
“APA!!!”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Kau ni apasal dari tadi aku tengok kau duk termenung jer”teguran Aira mematikan lamunan Anis.
“Haah betul tu,Kau termenung ingat kat Saiful ke?usik Fiza.
“Takde pape lah.”Memandangkan semua guru sedang bermusyuarat sepanjang masa selepas rehat tiada guru yang masuk.Semua kelas dijaga oleh dua orang pemimpin pelajar.Kelas Anis dijaga oleh Saiful Aldi dengan Faiz Ahmad.
“Kau tak nampak ke buah hati kau tu tengah pandang kat kau.”ujar Airaa.Saiful yang ralit memerhati Anis segera mengalihkan pandangannya.
“Entah lah.Aku rasa semacam je.”resah Anis menjawab
“Macam apa?”
“Semacam sesuatu yang akan berlaku.”
“Ala firasat kau je kot.”
“Firasat aku selalu betul tau.”marah Anis.
“Assalamualaikum.”Suara seorang jejaka memberi salam di luar kelasnya.Anis dengan temannya terus bersenda.
“Anis.”Tegur Saiful.Hati Anis berdengup kencang bukan kerana ditegur oleh lelaki idamannya tetapi dirasakan ada sesuatu yang tidak kena.
“Ya.”lembut Anis menjawab
“Ada orang cari awak.”
“Sapa?Mana?”
“Tu...”belum sempat Saiful menghabiskan ayat,Seorang lelaki mendekati tempat duduk Anis.
“Asyira Anis binti Sulaiman?”tanya lelaki yang tampan itu.
“Ya saya.Maafkan saya,saya kenal awak ke?”tanya Anis
“Saya Tengku Arif al-fahd ibnu tengku Safrul.”balas Tengku Arif.
“Tengku...Awak lah yang semalam tu?”tanya Anis
“Ya saya.Gembira bertemu awak.”Tengku Arif melemparkan senyuman manisnya.Di saat itu impian untuk berdepan dengan gadis idamannya tercapai.Ya,gadis itu lah yang selalu di impikan,gadis yang sentiasa mencuri hatinya.
“Boleh kita bercakap?”Lembut Tengku Arif memulakan langkah.Anis sekadar mengangguk lalu mereka melangkah ke  kantin sekolah sambil seisi kelas memandang hairan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Tengku,saya nak tanya satu soalan boleh?”tanya Anis.
“Tolong jangan panggil saya tengku,awak boleh bahasakan diri awak macam biasa je.Apa awak nak tanya?”balas Tengku Arif.
“Maafkan saya.Kenapa awak pilih saya.Kenapa bukan orang lain.Takkan dalam dunia ni takde yang lain selain saya?”
“hmmmm...Saya tak nak orang lain.Awak tahu tak betapa saya menginginkan gadis yang kini di depan saya.”lancar Tengku Arif berbicara.
“Tapi awak saya masih tak faham kenapa saya?”
“Sebab saya cintakan awak.”
“Tapi kenapa?”
“Saya tak tau kenapa bila saya nampak awak,hati saya kencang.Saya tak pernah rasa begini dengan perempuan lain.Awak lain.Awak special untuk saya.”ayat Tengku Arif itu sedikit sebanyak menggoncang hati Anis.Apa yang dikatakan tadi itu tidak lansung menampakkan penipuan sebaliknya tulus dari hati Tengku Arif.
“Tapi kenapa perlu meminang terus?”
“Sebab awak istimewalah saya ingin memperisterikan awak. Saya ingin gadis seperti awak sah untuk diri saya buat selama-lamanya.”bibir Tengku Arif sentiasa tersenyum.
“Saya masih muda dan saya tak layak untuk awak.”
“Muda tidak menjadi masalah untuk berkahwin tapi kenapa awak cakap awak tak layak dengan saya?”
“Sebab saya hanya sederhana,awak anak raja.Sedang saya baru je lepas PMR tahun lepas,awak dah berumur and saya tak kenal awak pun.”
“Maksud awak saya ni tua sangat ke?”
“Alamak.Tak saya cuma tak tau umur awak.Biasanya anak raja ni dah habis belajar dah.Sorry.”Anis lansung tidak perasan perkataan ‘dah berumur’ tu.
“Takpe.Saya tak kisah awak ni orang biasa ke orang kaya ke.Apa yang penting pada saya ialah awak adalah gadis idaman saya sampai bebila pun.”
“Tapi kan saya tak kenal awak.”
“Pembantu saya akan terangkan.Kalau macam tu saya pulang dulu lah ye dan saya harap sangat awak pertimbangkan lamaran saya.Saya akan datang balik untuk kepastian.”Tengku Arif mempelawa Anis untuk pulang bersama namun ditolak Anis.
“Selamat tinggal duhai puteriku.”Tergaman Anis saat Tengku Arif melafazkan ayat itu. ‘Beraninya dia,dah lah depan kelas aku.Apa aku nak cakap nanti.Malunya.’resah hatinya.Salah seorang pembantu Tengku tadi memberi satu majalah kepada Anis.Anis membeleknya dan wajah Tengku Arif bersama biodatanya.Anis ternganga sebelum teman-temannya mendapatkannya.
“Woi sapa tu?Sejak bila kau ada kekasih ni?Dah tu anak raja lagi.”banyak soalan yang diajukan Fiza.
“Kau ni Fiza leklah dulu.Kasi Anis duduk.Kenapa nis?”Airaa mempelawa Anis duduk.Anis melepaskan keluhan.Dia memberi majalah itu kepada mereka.
“Apasal kau ni?Aku tanya kau kenapa,yang kau hulur majalah ni apasal.”
“Korang....Kalau kita tolak lamaran anak raja camne ah?”tanya Anis.
“Yang aku tau nye.Kalau kita tolak lamaran anak raja,nanti kita kena saman sebab bagi malu kat raja.”terang Airaa.
“HAH!!!”
“Apasal?”tanya Fiza
“Aku kena pinang semalam.”
“E ye.Dengan sapa?”
“Tu..”Anis menundingkan jarinya pada muka Tengku Arif dalam majalah itu.
“APA!”serentak Fiza dan Airaa.
“Syoknye kau tapi terus-terang aku kata rugi gila kalau kau tolak tau.Dah lah hensem,kaya,bijak and alim lak tu.Perfect giler.”

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lagu Gravity nyanyian Sara Barelles bermain-main di fikiran Anis.Anis tersekat.Dia tidak mahu keluarganya dimalukan.Lirik lagu Gravity sama seperti dirinya:
Set me free.Leave me be.
I don’t want to fall another moment into your gravity
Here i am and i stand so tall,just the way i supposed to be
But you’re on to me and all over me

Ya,Dia harus membuat keputusan.Dia akan menerima lamaran itu.Harus. ‘Maafkan aku Saiful Aldi.Aku berjanji.Ini adalah kali terakhir namamu tersemat di bibirku.Andainya kau menaruh perasaan padaku.sudah pasti aku akan menolak lamaran ini.Tapi apakan daya Aku bukan untukmu.’Anis sebak seketika tatkala ayat terakhir itu terlafaz.
“Ya ALLAH,Ya Tuhanku.Aku berserah padamu.Andai Tengku itulah jodohku,Kau berbaikkan lah segala keburukan aku.Jadikanlah aku isteri yang solehah untuknya.Dan dia sememangnya ikhlas untuk bersamaku.Bahagiakan lah hidup kami kelak.Aku mohon sebagai hambamu yang lemah.AMEEN.”lafaz doa Anis usai melakukan solat hajat.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“So?”tanya Tengku Arif.Anis menggangguk.
“Betul ke?”
“Ya saya setuju tapi dengan dua syarat.”
“Alhamdulillah.Apa syaratnya?”
“First,awak takleh paksa saya pindah saya nak menetap kat sini sampai tamat sekolah.Second,awak kena benarkan saya sambung pelajaran saya sampai peringkat saya sendiri nak quit.And last.....”
“Eh bukan awak kata dua je ke?”Tengku Arif kehairanan.
“Yeke.Okay.Tiga balik.”
“Tak kisah lah.cepat lah sambung.”
“Last,Awak tak boleh sentuh saya sehingga saya tamat sekolah.Boleh.”
“Apa saya perintahmu.Saya bersyukur sangat sebab awak sudi bersuamikan diri saya.Tapi, saya pun ada syarat jugak.”
“Hah,Apa dia?”
“Awak kena bahasakan diri awak macam biasa tak kira pada saya atau keluarga saya.Awak jangan risau,keluarga saya amat mengalu-alukan awak.Kami semua guna behasa biasa je.ok?”Anis menggangguk.

PERINTAH CINTAMU (ENDING)

“awak,abang-abang awak tu dah kahwin ke?”tanya Anis.
“Soalan yang bagus tu.Actually,saya adik-beradik first yang kahwin.Kira langkah bendul lah ni.Hehehe.”
“ohhh.Kiranya kita ni sama-sama langkah bendul lah ye.”Tengku mengangguk.Anis tergelak.Gelak tawa Anis dan Tengku Arif membelah kesunyian.Anis tidak menyangka pada seawal umur 21 tahun,Arif sudah graduate di Oxford.Tengku Arif mengambil keputusan untuk membuka perniagaan.Abang sulungnya akan mengambil alih takhta ayahnya manakala abang keduanya masih setia belajar di New Zealand.Sungguh tidak disangka dia hanya merupakan orang biasa disaat ‘itu’ nanti, maka tercipta lagenda dongeng Cinderella.WajahTengku Arif sungguh tampan.Itu selalu diakuinya.perwatakan sederhana.Seorang lelaki yang tinggi lampai,berkulit putih dan berbadan sederhana tegap.Sungguh tampan.Anak mata coklatnya bertemu Anis,membuatkan rasa gentar antara kedua-duanya.namun Tengku Arif melemparkan senyuman tulus.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Berita perkahwinannya yang hanya tinggal seminggu lagi digemparkan oleh pemberita.Petermuan antara dua darjat yang melahirkan rasa cinta mereka.Semua persiapan sudah tersedia.Baju perkahwinan telah lengkap.Hanya yang tinggal cuma hari perkahwinan mereka.Anis kini lebih senang berada di samping Tengku Arif.Mereka sering bergurau senda. Namun,disebalik kegembiraan Anis lahir rasa dengki buat Saiful Aldi.Gadis yang selama ini dicintainya akan membina bahtera bersama lelaki lain.Apakan daya.Anis bukan lagi jodohnya. ‘Anis,sayangku selamanya,Aku biarkan kau bahagia bersamanya.Ya tuhan bahagiakan mereka.’

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.Anis telah meminta kebenaran daripada Tengku Arif supaya perkahwinan itu masih beradab biasa walaupun diraja.Hari pertama setelah akad nikah, majlis persandingan harus diadakan di tempat pengantin perempuan dahulu.Masjid Al-Arshd mulai penuh dengan waris-waris terdekat.Pemberita juga sudah pun mulai ramai.Anis yang berbaju sutera putih lembut digayakan dengan lace dan manik menyerikan wajahnya,duduk bersimpuh sambil menunggu pengantin lelaki tiba.Tengku Arif akhirnya tiba,bergaya segak dengan baju melayu bersampin kilau.Baju sutera itu dipadankan dengan tajak di kepala.Tengku Arif memandang wajah melayu asli milik Anis.Gadis itu tampak sungguh cantik dengan bajunya.Mata oklatnya mencairkan hati Tengku Arif.Wajah Anis yang putih melepak itu dilekatkan hanya secalit mekap.Tengku Arif mengambil tempat di hadapan bakal bapa mertuanya.
“Aku nikahkan engkau dengan puteriku,Asyira Anis binti Sulaiman dengan mas kahwinnya RM2500 tunai.”lafaz Bapa Anis mendebarkan Anis.Dadanya kencang menanti ayat yang dikeluarkan Tengku Arif.
“Aku terima nikahnya Asyira Anis binti Sulaiman dengan mas kahwinnya RM2500 tunai...”Dengan sekali lafaz,Asyira Anis sah menjadi milik Tengku Arif Al-fahd.Air mata Anis tidak dapat dibendung lagi,maka terjurailah mutiara suci itu.Ucapan tahniah tidak berhenti diucapkan kepadanya.Usai berdoa,Tengku Arif mendekati Anis.Jari manis gadis itu disarungkan cincin berlian.Anis menyarungkan juga cincin pada Tengku Arif.Tengku Arif merapatkan mukanya dengan muka Anis lalu dikucupnya ubun-ubun Anis.Anis menyambut tangan Tengku Arif lalu dikucupnya.
Begitulah kisah cinta Anis.Berita tersebar luas tentang cinta Tengku Arif kepada pelajar bernama Asyira Anis.

Hari berikutnya Anis dibawa pulang ke negeri suaminya untuk majlis bersandingan di raja.Kali ini Anis memakai pakaian bewarna kuning sepasang dengan seragam diraja Tengku Arif. Sultan Safri menyambut manis kedatangan menantunya yang manis itu.Abang-abang ipar Anis juga turut hadir di majlis penuh bermakna itu.Kembang kempis hidung Anis saat ramai yang memuji cantik dan ayu.
Malam selesai upacara persandingan selama lima hari itu,Anis masuk kebiliknya untuk tidur debaranya semakin kencang saat Tengku Arif juga masuk ke bilik itu.Anis berpura-pura tidak nampak.Anis menhadap depan cermin lalu membuang pip-pin di tudungnya.Semasa hendak menanggalkan tudungnya itu dia tersentak seketika.
“Kenapa ni.Sayang tanggal lah tudung tu nanti panas.Jangan risau abang ingat janji abang,abang takkan sentuh Anis sampai Anis tamat belajar.Tapi,Anis boleh tanggalkan tudung tu depan suamikan?”Tengku Arif melembutkan nada suaranya Anis menggangguk lalu menanggalkan tudungnya.Rambut panjang Anis terurai cantik.Itulah kali pertama ada seorang lelaki melihat auratnya.Tengku Arif memandang terpaku melihat kecantikan Anis. ‘Anis,sayang.Abang bahagia kerana akhirnya sayang menjadi milik abang'.Malamnya Anis tidur seperti biasa tanpa dia sedari Tengu Arif menatap indah wajahnya sambil mengusap rambutnya.Malam yang dingin itu berlalu begitu sahaja. Doa Tengku Arif.’Ya Allah kau lindungilah kami berdua dari bahaya.bahagiakanlah kamiAku berserah padamu untuk menahan nafsuku ini.’

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anis mengeluarkan buku latihannya.Telah beberapa minggu bahtera perkahwinannya terbina.Anis bahagia bersama Tengku Arif.Segala-galanya sempurna. ‘Tak lah teruk sangat kahwin ngan anak raja ni.’ Namun tugasnya semakin berat.Pulang sekolah,dia harus menyediakan makan malam untuk suaminya yang tercinta. ‘Tercinta?boleh lah kot.’bisik hatinya girang.
Anis pulang seperti biasa diambil oleh suaminya. Kehidupannya penuh keceriaan.Anis akan bercerita segala-galanya kepada Tengku Arif.Namun hanya satu yang mengeewakan Tengku Arif iaitu panggilan ‘abang’ masih berat untuk Anis.
“Abang...”teiba Tengku Arif bersuara ketika mereka sedang menikmati makan malam.
“hah?apa?”tanya Anis kehairanan.
“Panggil abang ‘abang’,”
“tuk apa?”
“panggil je lah.”
“Kalau tak nak.”
“panggil jugak.”
“hmmm...A.....”Tengku Arif menantikan perkataan ‘abang' dari mulut Anis.
“A.....A..........CHEW.”Anis pura-pura bersin.Tengku Arif mengangkat keningnya.
“A......A......A......LONG.”Kali ini Tengku Arif menjeling ke arahnya.
“A..............A................A.................A.......B..........AB.....ENG.” Tengku Arif hampa.Malamnya hujan turun dengn lebat saat mereka lena dibuai mimpi.Dentuman kilat mengejutkan Anis.Anis sememangnya takut akan kilat.Anis menggigit selimutnya.Dentuman kedua,Anis membangunkan Tengku Arif.Namun Tengku Arif sengaja menutup matanya ingin menguji Anis.
“AWAK!!awak bangunlah!!”panggil Anis.Tengku Arif pura-pura tidak mendengar nya.
“AWAK!”
“AWAK!”Anis berteriak namun hampa.Dentuman ketiga mengejutkan Anis lalu terkeluar
“ABANG!!!!”Tengku yang mendengarnya bangkit.
“Ya sayang...”Tengku Arif tersenyum.Anis menutup mukanya dengan selimut.Malu...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Waktu rehat lah yang ditunggu-tunggunya.Dia dan teman-temannya segera ke kantin untuk mendapatkan sumber tenaga.Saat Anis melangkah ke kantin,Datang seorang perempuan.wanita itu mengeluarkan pisau dari begnya lalu menghunud ke perut Anis.Anis tersendak.Darah mulai keluar.Perutnya terasa perit.
“Padan muka kau!Itulah akibatnya kalau suka sangat rampas hak aku.You’ll die.”Suara Natasya diikuti dengan tawanya.Anis tidak dapat menggagahkan kakinya.Dia hampir rebah tetapi.
“ANIS!!!!!”Tengku Arif meluru mendapatkan Anis.Anis berada di dalam dakapannya.
“Kau ni kenapa?”Tengku Arif sempat memarahi Natasya.
“Arif,I sayang u.kenapa u pilih dia.i ni kenal u dulu tau.i love u so much.”
“Eh Tasya!Aku tak heran lah ngan kau.Hati aku Cuma satu...”Anis yang rebah hampir manutup matanya tetapi dia sempat menangkap satu ayat Tengku Arif.
“Dan ianya hanya untuk gadis yang bernama Asyira Anis.”Anis pejam matanya sambil tersenyum.Bahagia.
“Sayang!bangun sayang sabar ye.”Tengku Arif membawa Anis yang berada di dakapanya ke keretanya.
“Tasya!if something happened to her,i’ll make sure u’ll paid it.”Tengku sempat memarahi Natasya.Natasya rebah dalam tangisan.Sekian lama dia mecintai Tengku Arif namun inilah balasannya.Dari Oxford lagi dia menaruh harapan pada Tengku Arif.Tangisannya makin hilai saat tangannya digari oleh pegawai polis.
Di dalam kereta,Tengku Arif membiarkan pegawainya memandu sambil dia meletakkan Anis di ribanya.Pisau di perut Anis dibuang.
“Sayang,sayang kena kuat.Sayang kena kuat.”
“Bangunlah sayang,sayang tak leh tinggalkan abang,abang takkan bagi.Abang janji abang akan lindungi sayang.Tabah lah sayang.Ya Allah,aku mohon padamu selamatkan isteriku ini.”Air mata Tengku Arif berjujuran membasahi pipinya dan jatuh atas wajah Anis yang lemah itu.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Anis membuka matanya,Pandangannya yang kabur mulai terang.Tekaknya kering.Dia ingin mencapai botol air di sebelah kanannya,tetapi dia masih lemah.Digagahkan jua tangannya namun Anis terasa sangat letih.Dia menoleh ke kanan.Tengku Arif sedang menunaikan solat Isyak.Tengku Arif menadah tangannya.Berdoa.Doa Tengku Arif pada mulanya perlahan mula terdengar sayup-sayup tangisannya.
“Ya Allah.....Aku hamba yang lemah berserah padaMu. Lindungilah aku dan isteriku.Selamatkanlah Isteriku. Sembuhkanlah dia.Aku mohon padaMu.Hanya engkau yang berkuasa atas semua kejadian.Aku hanya mampu menadah tangan berdoa padaMu.Engkau makbulkanlah doaku ini.AMEEN.” Tengku Arif menekup mukanya.Dia menangis.Anis yang melihatnya turut tersentuh.Air matanya mengalir laju membasahi pipinya. ‘Ya Allah.Alhamdulillah Kau berikan suami yang terbaik untukku.Aku bersyukur padaMu.’doa Anis dalam hatinya. Tengku Arif melihat isterinya yang sedang menangis.
“Sayang,sayang nak apa?”tanyanya
“Air....”Tengku Arif segera mengisi air ke dalam gelas lalu diberi kepada Anis.Sesudah minum,Anis meletakkan airnya di atas meja.
“Sayang nak apa lagi?”Tanya Tengku Arif.Anis menggelengkan kepalanya.Dia menarik lembut tangan suaminya itu.
“Abang,terima kasih.”ucapnya lemah.Tengku Arif menggenggam kemas tangan Anis.Air matanya yang tadi kering kembali basah.
“Abang mintak maaf,sayang.Andainya kelau abang sampai awal,Sayang takkan jadi macam ini.”Anis menggelengkan kepalanya.
“Tak abang,Allah memberikan ujian kepada hambanya.Setiap dugaan akan berakhir dengan kebahagiaan.Anis percaya itu.”
“Abang janji abang akan sentiasa mejaga sayang ye.” Tengku Arif mengucup tangan Anis,lembut.Air matanya sudah kering.Anis tersenyum.
“Anis perintahkan abang untuk sentiasa di sisi Anis.”
“Abang perintahkan Anis untuk sentiasa bersama abang salamanya.”
“Anis perintahkan abang untuk mecintai Anis buat selama-lamanya.”
“Abang perintahkan Anis untuk mecintai abang dan hanya mati yang memisahkan kita.”Anis tersenyum.
“Dan,Anis perintahkan abang untuk menjaga Anis...”belum sempat Anis manghabiskan ayatnya.Tengku Arif menyambung.
“Abang janji.”
“Anis percayakan abang....hikhik hoorey!!!”Anis mengangkat tanngannya tanda gembira.Tawa Tengku Arif terlepas.Mereka berdua girang bergurau senda.
“Menurut perintah puteriku.”Tengku Arif mengucup tangan isterinya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Upacara penyampaian sijil kepada para graduan telah pun selesai.Semua orang sudah berada di luar untuk bergambar bersama keluarga namun Anis masih menunggu kedatangannya. Di lihat kiri dan kanan tetapi tidak nampak.
“MAMA!”teriak Damya Arrisya dengan Daniel Azriefl.Anis merendahkan badannya untuk memeluk anak-anaknya itu.Dikucupnya Damya dengan Daniel.
“Papa mana?”tanya Anis.
“Tu...”serentak mereka berdua menunjuk ke arah belakang.Tengku Arif hadir membawa sejambak bunga untuk Anis.
“Tahniah.”ujar Tengku Arif sambil mengucup pipi isterinya itu.Anis tersenyum.
“Ya Allah papa ni.Kalau tak sabar tunggu lah nanti balik.”ujar Damya.
“Betul tu.Kalau ye pun jangan lah depan orang ramai.”Sambung Daniel.Tengku Arif dan Anis ketawa.
“Hish kembar ni.kan papa tak bawak makan kat luar.Biar papa pergi ngan mama je.”Tengku mengusap rambut Daniel.
“Betul tu.Bang,malam ni kita gi makan steamboat lah.”Anis menyambung.
“Kat atas boat nak tak,sayang?”
“boleh gak.”
“Habis kitorang nak makan apa?”tanya kedua-duanya serentak.kembar...
“Nanti mama tinggal makanan kat bawah meja ye.”usik Anis
“Ala mama...tak nak lah.Papa,nak ikut”kedua-duanya merayu sambil menunjukkan muka masam.Tengku Arif memandang isterinya.
“Ok lah.Dah jom balik.”Tengku Arif memimpin tangan Daniel dengan Anis manakala Anis memimpin tangan Damya.

Di dalam kereta Tengku Arif memandang wajah Anis.Kedua-dua anaknya lena dibuai mimpi di belakang.Anis menoleh ke arah Tengku Arif.
“Kenapa bang?”tanya Anis
“takde lah. abang cuma fikir,kalau dulu Anis tolak lamaran abang,apa abang dah buat ye?”jawab Tengku Arif.Anis tersenyum.
“Kalau abang nak tau,Anis syukur sangat sebab terima lamaran tu.Kalau tak Anis tentu tak segembira ni.Bang....”
“Ye?”
“Anis sayang abang.”
“Anis...”
“ye?”
“Abang hanya cintakan Anis ye.”
“thanks”serentak menjawab sesama sendiri.Tiba-tiba Anis terasa loya mulutnya ingin mengeluarkan sesuatu.Tengku Arif memberhentikan kereta.Anis segera membuka pintu dan segera mengeluarkan apa yang nak dimuntahkan tadi namun tidak terkeluar.
“Anis, kenapa ni?”tanya Tengku Arif.
“Tak tau lah bang.Anis rasa loya sangat.”
“Entah-entah.Anis mengandung kot.”Tengku Arif sudah tersenyum lebar.Anis terkesima.






by Miss Chinta

Nov 24, 2010

MENGENAL ERTI CINTA (Cerpen)

   Surat tawaran belajar ke London terbang ditiup angin.Ika Farhana yang khusyuk menulis terhenti dan mencari suratnya itu.Surat itu telah jatuh ke bawah.Ika Farhana segera menuruni tangga.Di bawah,dia tercari-cari suratnya tetapi hampa.Farid Ridhuan membaca surat yang baru ditemuinya tadi.Ika Farhana yang baru perasan akan suratnya berada di tangan lelaki itu dengan cepat menyambar.
  “Sorry wak,ni surat saya.”ujar Ika
  “Takde pape lah.Wow,bagusnya awak dapat tawaran belajar overseas.”puji Farid.Ika hanya tersenyum.
  “So,awak pergi tak?”Soal Farid.
  “Tak tau lagi lah.Saya keliru sebenarnya.”jawab Ika.
  “Apasal?”ramah Farid bertanya.
  “Actually saya dapat dua tawaran.Satu kat London while satu lagi kat Ireland.”Ika menjawab sambil tersenyum mesra.
  “course lain kan?”
  “Haah.yang London dalam akauntansi but Ireland punya course dalam medic.Saya tak tau nak pergi mane satu.”Farid tersenyum menampakkan sebaris giginya yang putih bersih bak iklan gigi colgate .Ika kemudian baru tersedar.
  “E eh, awak ni baru ke kat sini sebab saya baru perasan yang saya tak pernah jumpa awak.”
  “Baru perasan ke.Saya ingat awak tak kan perasan dah.Dah seminggu dah.Hari Jumaat lepas family saya buat makan sempena masuk rumah baru.Saya rasa saya takde nampak awak.”
  “Ye ke? Kalau hari Jumaat lepas saya and family takde kat rumah.Kitorang gi KL.”
  “O…Patutlah.”
  “Eh awak,Sorry lah saya  tak leh duk lama.nak kena naik nanti  tak pasal kena tangkap kering.”
  “basah…”Farid membetul.
  “Pape lah.Bye.”Ika segera masuk ke dalam rumahnya.Namun dia menjenggukkan kepalanya ke luar pintu.
  “Anyway, seronok kenal awak.”Ika masuk kembali ke dalam rumah.Farid terkesima belum sempat dia hendak menanya nama gadis itu,Dia telah berlalu.Farid pulang sambil tersenyum sendiri.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  “Ni apasal anak mama sorang ni?Tersengih-sengih macam kerang busuk je.”Puan Zakiah memasuki bilik anaknya,Farid Ridhuan.
  “Mana ada mama.”Farid masih tersenyum.
  “Ye lah tu.”
  “Tak baik tau mama cakap Farid macam kerang busuk.Kalau kerang wangi boleh tahan  lah jugak.”
  “Kalau ada,memang mama akan cakap.Masalahnya semua kerang busuk.”Farid tersenyum mendengar omangan mamanya.
  “Mama..”panggil Farid.
  “Ye..”balas Puan Zakiah.
  “Mama nak menantu baru tak?”
  “Betul ke apa yang mama dengar nie?”Farid tersenyum lalu membaringkan badannya di atas katil.Matanya dipejamkan.
  “Farid rasa Farid dah jatuh cinta.”
  “Ye ke?Kamu nak kahwin ke?bagus lah.tak lah sunyi mama nanti.Abang kamu tu tau bawak lari bini balik KL je.Tapi dengan sape?Cakap kat mama.Biar mama pergi pinangkan budak tu.”Puan Zakiah gembira dengan anaknya.
  “Mama ni.Papa kan ada temankan mama.Farid tak tau namanya.Dia tinggal kat situ.”ujar Farid sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah rumah banglo yang berada di sekitar rumahnya.
  “Kalau macam tu,mama ada plan.”
  “Betul ke ma,apa dia.”Puan Zakiah membisikkan rancangan ke telinga anaknya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  “Maaflah kalau akak mengganggu.”ujar Puan Zakiah.
  “Takde pape pun kak.”Puan Rahana tersenyum.
  “Takdelah.Akak baru kat sini.So, akak nak kenal ngan jiran-jiran.Hari Jumaat lepas akak buat makan.Akak tak nampak pun Ana.”
  “Ana dan keluarga pergi KL.”
  “Ana tinggal dengan suami je ke?”
  “Tak jugak Ada dua orang anak Ana tinggal sekali.”
  “Ana ada berapa orang anak?”
  “Semuanya tiga tapi sorang dah kahwin.so tinggal dua orang anak kat rumah.Soran perempuan baru  je lepas SPM.Yang satu lagi still belajar di tingkatan tiga.Akak pulak ada berapa orang anak?”
  “Akak ada dua je.dedua lelaki.Sorang dah kahwin tapi duk kat KL.Kat rumah akak tinggal ngan suami dan anak bongsu.dia still belajar.tak lama lagi tahun akhir.Kalau boleh lah Ana,akak nak tengok anak  Ana yang perempuan tu boleh?”
  “Boleh kak.Dia ada kat dalam biliknya.Akak naik lah kat tingkat atas tu bilik yang ada tulis nama Ika ye lah tu.”
  “Ika?”
  “Nama dia Ika Farhana.Akak naik lah ye.Saya nak siapkan makan tengah hari ni. Akak buat je macam rumah sendiri.”Puan Zakiah tersenyum.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  “Assalamualaikum.Boleh mak cik masuk?”soal Puan Zakiah.
  “Waalaikummussalam.Masuklah.”jawab Ika.
  “Ika apa khabar?”
  “Sihat.Mak cik ni…”
  “Mak cik Kiah.Mak cik tinggal kat situ.”Puan Zakiah menundingkan jarinya ke arah rumah agam yang besar miliknya.
  “oh..”
  “Cantiknya bilik Ika.Ika yang design ke?Bersih pulak tu.”Ika tersenyum bangga apabila dipuji.Puan Zakiah senang melihat Ika Farhana,tuan secantik nama. ‘Padanlah Farid suka’ bisik hatinya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  “IKA!IKA!”panggil Farid.
  “E eh mana awak tau nama saya?”soal Ika pelik.
  “Adalah.Awak dah desite ke nak sambung belajar katn mana?”
  “Haah.Saya nak kejar cita-cita saya.Saya nak gi London nak ambik akauntansi.”
  “Baguslah kalau macam tu.Saya pun ada something nak bagitau awak.”
  “Apa dia?”
  “Saya dah nak balik Korea nak habis semester.Dua minggu lagi saya pergi.”
  “KOREA!wow,bestnye.Apasal awak tak cakap pun yang awak belajar kat sana.Saya nak sangat gi sana.Awak ambik course apa?”
  “Dah awak tak tanya.Saya dalam course Engine.”
  “Wow.Eh nantikan,awak bawak lah saya pergi jalan-jalan kat sana ye.”
  “OK.Saya janji.” ‘tu pun kalau awak sudi’
  “Awak ni..Saya gurau je lah.”Ika ketawa.
  “Saya doakan awak berjaya ket sana nanti.”
  “Saya pun akan doakan awak jugak.ok lah,saya nak kena masuk ni.Tak solat Zohor lagi.”
  “ok.bye.”
  “Jap jap.Apa nama awak?Mana aci awak tau nama saya tapi saya tak tau nama awak.”
  “Awak akan tau nanti,Ika Farhana.”Farid berlalu sambil tersenyum meninggalkan Ika yang termanggu-manggu. ‘Actually,hensem gak mamat nie.Putih,tinggi,tegap, muka cam mat salih.cukup citarasa ni.’ Puji Ika dalam hati.memang diakui setiap kali dirinya ditegur lelaki itu,hatinya berdegup kencang.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  “Bertunang?”Ika tersedak.
  “Haah..Dengan anak mak cik Kiah,Farid Ridhuan namanya.mak memang suka budak tu.Hensem orangnya.yang penting dia ingat Tuhan.Ayah kamu pun suka.”
  “Dia dah kerja ke mak?”soal Ika.
  “Tak Dia still belajar tapi dah semester akhir.Mak dan mak cik Kiah dah bincang dah.Kamu berdua tunang lu.lepas kamu habis belajar baru kahwin.”
  “Suka hati mak lah.Lagipun mak dan ayah dah bagi Ika pilih course yang Ika nak. So,sekarang mak pilih lah apa yang terbaik untuk Ika.”Ika tersenyum senang.Sungguh Ika tidak pernah derhaka .Dia hanya menuruti kehendak ibu bapanya.Baginya kebahagiaan mereka kebahagiaan dirinya.
  “Kalau camtu,hari Jumaat depan kamu tunang ye…”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

   Usai akad nikah,air mata Ika tidak henti-henti mengalir.Dengan sekali lafaz,dia sudah sah menjadi milik Farid Ridhuan.Selama lima tahun dia bergelar tunang akhirnya kini dia digelar isteri orang.Tidak pernah sekalipun dia melihat wajah Farid kerana mamanya melarang untuk melihat Farid.Sewaktu majlis akad nikah,Ika berada di dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar.Si penganti lelaki memasuki bilik pengantin untuk menyempurnakan upacara pembatalam air sembahyang.Dada Ika berdegup lebih kencang.Setelah jarring disarungkan ke cincin manisnya,Farid mengangkat muka Ika untuk mencium dahinya.Mata Ika terpejam rapat.
  “Bukalah mata,sayang.”ujar Farid dalam suara separuh berbisik.Ika membuka matanya.Alangkah terkejut dia apabila mendapati suaminya merupakan lelaki yang sama yang menegurnya lima tahun lepas tapi wajah Farid lepih putih dan berseri.Baju Melayu sutera putihnya menyerlahkan lagi ketampanannya.
  “Awak,Farid Ridhuan?”ujar Ika dalam suara terkejut.Farid tersenyum.
  “Awak apa khabar,Ika Farhana.”balas Farid.
  “Tapi,tapi,tapi….”
  “Takde tapi,tapi lagi.”orang-orang yang memandang hanya tersenyum hibur melihat pasangan bagai pinang dibelah dua itu.Ika turut tersenyum malu.Ya,lelaki itulah yang berjaya mencuri hatinya.
  “Saya sayang awak dari pertama kali kita bertemu lagi.Awak buat hati lelaki saya kecut.Melihat perwatakan awak menghiburkan hati saya.”Farid memainkan kata-kata romantik di telinga Ika.Ika tersenyum.bahagia….

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  “Kalau awak nak tau,semua ni mama yang rancang.”ujar Farid sewaktu orang ramai mulai keluar dari kamar pengantin.Farid menatap mesra wajah isterinya.Wajah wanita yang dirinduinya selama lima tahun kini berada di depan mata.Ika tampil lebih menawan dari lima tahun yang lalu.wajah yang sememangnya putih itu lebih menyerlah dengan make up yang sederhana.rambut natural hitam ikal mayang menarik minatnya dari dulu lagi.Badannya semakin kurus berbanding lima tahun lalu. Gaun pengantin Ika menyerlahkan lagi keayuannya.Inilah yang ditunggu-tunggu Farid iaitu memperisteri Ika Farhana.
  “Jadi mama lah yang jadi spy awak ye?”Farid tersenyum sambil mengangguk.
  “Saya ada hadiah untuk awak.”
  “Apa dia?”Farid mengambil dua keeping tiket kapal terbang.Dia menghulurkannya kepada Ika.
  “KOREA Biar betul.”Ika tersenyum girang.Cita-citanya untuk ke Negara yang disanjunginya bakal terjadi.
  “Saya pilih ni sebagai tempat honeymoon kita.Saya tak pernah mungkir janji tau.”
  “Abang…”Farid kaget apabila Ika menggunakan panggilan ‘abang’ untuknya.
  “Ya sayang.”
  “Ika nak bagitau yang Ika memang dah lama sayang abang.Abanglah orang yang berjaya mencuri hati Ika .”Farid merangkul kemas pinggang isterinya.
  “Abang nak Ika tahu.Melalui Ikalah abang kenal erti cinta.Terima kasih syang sebab sayang sudi terima abang.”Ika tersenyum.

YA ALLAH,Andai dialah jodoh abadiku,kau kekalkanlah kami sehingga akhir hayat kami dan engkau bahagiakanlah hidup kami sekeluarga.Aku bahagia dengan jodoh yang kau berikan .ALHAMDULILLAH….


by:Miss Chinta

Nov 7, 2010

Benci/cinta (part 4)


Malang sememangnya tidak berbau,sedang asyik Naq mencuri dengar perbualan bosnya dengan mamat tu,pasu yang menjadi benteng persembunyiannya hamper tumbang.Naq cepat-cepat menyambutnya. ‘Hai pasu,time gini gak lah kau nak jatuh.Kalau pecah tak tau lah aku nak ganti ngan ape.Dahlah kau nie spesies import.’Sempat lagi Naq berceloteh dengan pasu bunga itu.Dato’ Iskandar dengan mamat yang tak berapa nak hensem dengan cepat menoleh dan bergerak ke arah Naq.Naq bangkit dengan pipi kemerahan menahan malu. ‘Dahlah jatuh gaya bahaya tahap 18sg tu.bunyi pasu pulak yang bising.Matilah aku nak jawab ape ngan bos aku sorang ni.Siap kau pasu.Tau lah ape nasib kau nanti.’marah Naq dalam hati je.
“apasal ni?Naq,bunyi apa yang bising tadi?Awak lak buat ape kat sini?”soal Dato’ Iskandar.
“Bos,banyak sangat soalan bos ni macam mana saya nak jawab?”soal Naq.
“Jawab je mana-mana yang berkenan.”balas Dato’ iskandar.
“Er….saya jawab dari belakang ye bos.Sebenarnya….”tersekat-sekat suara Naq menjawab.Dia masih mencari jawapan yang bernas.Belum sempat dia mencari jawapan,mamat yang tak berapa nak hensem memotong.
“Jangan jangan kau ni curi-curi dengar perbualan kami tak?”tuduhnya.bukan tuduh namanya kalau dah memang betul.
“Mana…mana  ada….Sa…ya..mmmm…tak,saya nak ke pantri,masa lalu sini tadi saya tengok  bunga ni berhabuk.Saya kan pekerja yang terlebih rajin.so,saya sapulah habuk tu.pastu pasu ni jatuh nasib baik saya sambut.tengok,Dato’ ada habuk lagi ni.KAK WAN!!!!tolong sapu habuk ni.Nanti kotor tak grand gitu.”laju Naq membalas. Kak wan sudah tergopoh-gapah membersihkan bunga yang kononnya kotor itu.
“Baguslah kalau camtu.jangan apa-apa jadi kat awak sudah lah.saya tak nak tengok dalam headline berita pasal bos dera pekerja.so,jangan lah awak pandai sangat nak terlrbih rajin kat sini ya.”bidas Dato’
“Siap bos”acuk Naq sambil mengangkat tangan nya konon nak tiru aksi Nabila dalam citer Mutiara hati kat tv9 tu.
“By the way,saya nak kenalkan awak ngan bos baru awak nanti.Ni anak saya,Faqrul Izzul. Awak akan kerja bawah dia besok.”Dato’ Iskandar memperkenalkan anaknya. ‘Faqrul nama mamat ni.Faqrul…Faqrul…Siap kau aku nanti.’
“Papa,sape dia ni?”Tanya mamat yang namanya Faqrul.
“Faqrul,nie PA kamu,Naq namanya.”Dato’ mempekenalkan Naq pada anaknya.
“Apa pa,PA.lah papa pasti ke.Rul ingat driver papa tadi.”sindir Faqrul.
“Rul,tak baik cakap orang camtu.”Dato’ membela Naq. ‘Tengok,papa kesayangan kau pun bela aku.’
“Betul tu bos,tak baik kalau kita menghina seseorang.Menghina seseorang itu ibarat menghina diri sendiri.”Naq tidak puas hati.
“Tak,papa.Cuma Rul cam tak caya je yang dia ni PA.Datang ofis pakai jeans pulak tu.Tu siap pakai topi lagi.Apa ni pa,mana attitude dia sbagai PA kat sini?”Faqrul terus menyindir Naq.
“Tak semestinya kita menilai seseorang dari caranya memakai.Rul jangan nak menilai sangat.”bela Dato’.
“Saya setuju sangat,Dato.”
“Tapi pa….”belum sempat Faqrul menyambung papanya terlebih dahulu memotong.
“Takde tapi-tapi lagi.Ofis Rul kat tingkat atas.Naq,kamu boleh kemaskan barang kamu lepas siap kerja tadi.Kamu dah call client tu?”Tanya Dato’
“hehehe…belum bos.”malu Naq menjawab.
“Tadi kata terlebih rajin.Dah,pergi call cepat.”
“Baik bos.”Bosnya terus berlalu meninggalkan Naq dengan Faqrul.Faqrul sudah mula tersenyum sinis menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik seakan iklan Darlie.
“Woi,pergi buat air kat aku.Aku ada kat sana.”Arahnya sambil menunjukkan jarinya kearah sofa yang terletak bersebelahan bilik bosnya.Ruang itu sememangnya khas untuk client yang menunggu.
“Nak air buatlah sendiri.Saya ada kerja nak kene buat.Tugas saya sebagai PA bukan tea lady ok.”marah Naq. “actually diri sendiri pun takut nak besar suara depan bos.Fuhh!!!beraninya kau,Naq baru first day dah buat hal.Ah!!!lantaklah.betul apa yang aku kata tu.’desis hati Naq.Naq meninggalkan bos barunya dengan senang manakala bosnya masih terkesima dengan tindakan Naq.

Nov 2, 2010

Benci/cinta (part 3)

                  


“Naq,saya nak awak cancel meeting ngan klien jam 3 nanti.Cakap kat dia saya kena luang masa ngan wife saya.Awak pun satu,kan saya dah cakap pukul 1 sampai 4 saya kena luang masa ngan famili saya.”ujar Dato’ Iskandar.
“Saya betul betul minta maaf Dato.Saya ni spesies suka lupa.”Naq meminta maaf.
“Takpe lah,benda dah nak terjadi nak buat camne.Dah sekarang baik awak call diorang cepat.Saya tak nak apa-apa salah faham nanti.”
“Baik bos.”Naq mengangkat tabik spring pada bosnya.Dato’ Iskandar sedikit tergelak melihat kerenah pekerjanya itu.

Naq berlalu pergi dari bilik bosnya yang sememangnya masih kelihatan tampan.Dia yang berlalu ke tempat duduknya menyanyi kecil tanda gembira dengan layanan Dato kepadanya.Kegembiraannya terhenti tatkala dia terlanggar dengan seorang jejaka .
“Saya minta maaf.”Naq terus menunduk tanpa menoleh ke atas.
“It’s okay.”ujar jejaka itu.Naq menyangkakan lelaki tersebut seorang yang budiman. ‘tapi aku cam pernah dengar je suara tu.’bisik hati Naq.Naq menoleh ke atas,ternyata sangkaannya meleseng.lelaki yang berada tepat di depannya adalah lelaki yang tak berape nak hensem tu….
“KAU!!!!!Kau buat apa kat sini.kau ikut aku ye.jangan-jangan kau ni stalker hah.”Naq menunding jarinya ke arah lelaki tu.
“Hei KHUNSA!!!!Sape kau nak aku ikut hah!!Apa kau ingat kau tu cantik sangat.Heh orang gila tengok pun nak muntah lah.”marah lelaki itu.
“Malas aku nak layan mamat yang tak berapa nak hensem ni.”ujar Naq dalam nada yang perlahan namun masih didengari oleh lelaki itu.
“Macam lah aku rajin nak layan kau.”lelaki itu berlalu masuk ke pejabat Dato’ menyebabkan timbul kehairanan Naq. ‘buat ape dia masuk situ.ni tak boleh jadi ni.’desis Naq.
Naq menurut langkah kakinya ke arah bilik bosnya.Dia menyorokkan badannya di belakang pasu bunga yang besar di luar biliknya.Nasib saja badannya hanya sebesar kuman.Dia menjenguk kepalanya ke bilik bos dan cuba mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka berdua.

Oct 31, 2010

Benci/cinta (part 2)


               

“woi,apa ni Naq,pakai cam laki.kalah lah aku camni.”ujar Khai teman seU Naq.
“Ler aku pakai cam lakipun kau nak marah ke??Dah nak wat camner dah memang ni stail aku.Sapa kau nak komen aku pakai camner.”marah Naq.
“Aku gurau je.Ingatkan kau dah berubah sejak lepas u ni,rupanya sama je.Weh kau kerja apa sekarang?”
“Aku jadi PA kat syarikat sana tu.”ujar Naq sambil menundingkan jarinya ke arah bangunan yang bersebelahan dengan kedai mamak.
“Wah,besar tempat kerja kau.”
“Tengok badanlah.”bangga Naq sambil menghayunkan tangannya tanda hormat.Tiba-tiba…

“Aduh!!!sakitnya!!!”jerit seorang jejaka dari belakang Naq.Naq memalingkan wajahnya.
“Sorry,sorry,sorry.Saya tak sengaja.”Naq memohon maaf sambil merapatkan tangannya tanda maaf.
“Kau ingat apa!Super Junior yang nyanyi sorry sorry tu ke nak minta maaf suke hati je.”nada suara lelaki tu semakin tinggi.
“Aku dah minta maafkan.Kau nak apa lagi!!!!”Naq sudah tidak dapat bersabar lagi.
“Kau cakap kat aku sekarang.Apa guna kerajaan bagi gaji katpolis kalau penjahat Cuma guna perkataan maaf tu!”bidasnya
“Kau jangan nak lebih-lebih.Kena penumbuk besar ni je dah mengadu lebih-lebih”Naq sudah hilang seratus peratus watak keperempuannanya.Dia menggepalkan tangannya.
“Cik Khunsa owh!Pesan terakhir saya,tolonglah pasang mata tu kat muka bukan kat lutut ye.Malas aku nak layan kau.”Lelaki itu melambaikan tangannya lalu pergi meninggalkan  Naq yang masih melayan perasaan marahnya.
“Kurang ajar punya lelaki.Aku yang innoncent ni dipanggilnya kunsai.Dahlah muka tak berapa nak hensem.Sikit je kene dah melenting macam kene incident pulak.”Ngadu Naq pada kawan-kawannya.
“Kau kut yang salah.Mana tak sakitnya.Penumbuk kau tu nampak jer kecik tapi kalau kena sah lebam.”ujar Maisara.
“haah aku pernah kena jugak penumbuk kau tu.lebam tiga hari tiga malam.”sapuk Sam.
“Apa ni korang takde sorang pun yang back-up aku.Ni ape kes??”Naq tidak puas hati dengan sikap teman-temannya.
“Aku rasa kau tu yang lebih-lebih.Ntah-ntah kau dah jatuh cinta kat dia.”teka Ira.
“Yulk.Weh,nak cakap tu tapislah sket.Kau ingat aku nie apa?Korang kan kenal ngan aku.Tak mainlah nak cinta sakan ni.”
“ok ok  ok.dah lah cakap pasal ni lagi.”ujar Maisara.
“Camtulah.”
“Tapi kan,aku tak paham ah.camner bos kau boleh ambik kau kerja.Yelah,kau tu dahlah cam tomboy,nak kerja kat ofis.Citer ah camne kau leh masuk kerja tu.”ujar Sam.
“Camni,bos aku tu sporting giler.padahal aku gi interview hari tu pakai baju t ngan jeans lusuh jer.Bos aku cakap dia tak nak cari PA yang seksi atau terlampau keperempuanan sebab nanti dia nak anak dia focus kerja bukan kat pompuan.”
“oh,kiranya anak dia tu buaya daratlah?”teka Khai.
“Yup.rasanyelah.”
“Weh anak dia tu hensem tak?”Tanya Ira.
“Hensem sangat.Kulit hitam legam,hidung dia aku rasa kalau kau tengok mesti suka kes penyek sangat,Mata dia aku tak tau sangat coz pakai cermin mata yang tebal tu,oh ya dia jongang kau tau.”
“Weh aku serius lah.”
“Mana lah aku tau.Aku tak pernah tengok pun anaknya.”
‘Hah! Habistu bila kau boleh tengok dia?”
“Hari Selasa nanti baru dia masuk kerja.Yang kau Tanya aku lebih-lebih ni apasal?”Naq hairan.
“Takde ah.Aku cuma tanya je.yelah,kot kot boleh masuk line jadi menantu bos kau.”
“Naq, firasat aku kuat mengatakan yang kau akan kahwin ngan anak bos kau tu.”ujar Maisara.
“Iye,alhamdulillah.Kalau ngan anak dia aku nak.Boleh lah aku jadi menantu Dato’.”
“Dato?”semua yang ada terkejut dengan Naq.
“Iyelah.Dato’ Iskandar.Apa?kau ingat lulusan rendah cam aku tak leh kerja ngan Dato”
“Weh aku kenal Dato tu.dia tu antara top five lelaki terkaya di Asia.wah hebatnya kau.”puji Sam.
“Well.thanks.”balas Naq.
“Naq,kau tak kena dera ngan Datin ke?”Tanya Ira.
“Tak lah.Datin tu baik sangat ngan aku.Dia banyak bagi tunjuk ajar kat aku.”
“Apa nama Datin tu?”Tanya Ira.
“Datin Nur.tak silap aku dia pernah citer kat aku yang dia tu cuma orang sederhana je.Dia jumpa ngan Dato’ masa high school dulu.Masa tu Datin suka berangan nak kahwin ngan Dato’,katanya berangan tu free takyah bayar,so dia selalu berangan.tup tup.Dato’ pun ada hati ngan Datin juga.Apa lagi terus kahwin.Datin Nur tu memang cantik sampai sekarang aku tengok muka dia tetap lawa padanlah Dato suka kat dia.”
“Wah romantiknya.Kiranya ni kisah cinta antara dua darjat.Wah,bos kau tu pun anak Dato’ ke?”Tanya Maisara.
“Yup.”jawab Naq.
“Aku suka kerja ngan diorang sebab diorang ambil berat tentang aku.”sambung Naq.

Benci/cinta (part 1)

                                                             

“Naq oi!!!!!Bangun lah...Budak pompuan tak baik bangun lewat!”Suara Puan Fatiyah memecah gegendang telinga Iqa Nabilah yang sememangnya liat untuk bangun pagi.Iqa Nabilah terus mengeliat di atas katilnya. “Ala mak,belum tengah hari lagi lah.”jawab Iqa Nabilah atau dikenali sebagai Naq.
“Kalau tengah hari baru nak bangun,tak berlakilah kamu jawabnya.”ngomel Puan Fatiyah.
“Apa ni mak,Naq tak nak kahwin lagilah.Awal lagi ni.”
“Umur kau tu dah 25 tahun.Mak naklah jugak timang cucu sebelum mak pejam mata kali terakhir nanti.”balas Puan Fatiyah dalam nada yang sedih.
“Mak,mana boleh mak cakap camni.Naq nak bersama ngan mak sampai bila-bila.ya mak.”Naq memeluk ibunya dengan erat.Naq kemudian merapatkan mukanya dengan ibunya kononnya mahu bagi morning kiss,Puan Fatiyah cepat-cepat menolak muka anaknya itu.
“Dah!mandi tak lagi.Pergi mandi cepat busuk ni!!”bidas ibunya.
“klah.klah.”